BREAKING NEWS!!!! SIDANG MEDIA TERKINI LAHAD DATU !!!!!
Jam 1130
Keadaan keselamatan di daerah Lahad Datu selamat dan terkawal.
Operasi pembersihan di kawasan Kg. Tg. Batu masih lagi diteruskan dan dijangkakan akan tamat pada hari ini manakala bagi kawasan Kg. Tanduo dan Sg. Nyamuk, operasi pembersihan telah selesai dijalankan.
4 pertempuran berlaku semalam pada kebih kurang jam 8.05 pagi dan 9.45 pagi, namun tiada kemalangan atau kecederaan di kedua-dua pihak.
Statistik terkini jumlah tangkapan yang disiasat di bawah Panel Code 130C (Kanun Keseksaan) yang akan di baca bersama Akta SOSMA 2012, adalah seramai 104 tangkapan dengan 3 tangkapan baru pada hari ini di luar kawasan Lahad Datu (Tidak dinyatakan tempat/lokasi) manakala tangkapan di bawah Akta Imigresen seramai 245 orang. Jumlah mayat pengganas yang berjaya dibawa keluar adalah seramai 28 orang dan jumlah pengganas yang ditembak mati seramai 62 orang. Jumlah yang meninggal dunia dari pasukan keselamatan adalah seramai 9 orang tidak termasuk Allahyarham Mohd Farhan yang meninggal dunia di dalam suatu kemalangan jalanraya manakala jumlah kecederaan adalah seramai 9 orang.
Manakala Panglima 1 Division, Datuk Mohd Zaki Mokhtar :-
Aset aset jenis Kereta Perisai Berantai telah sampai dan akan digunakan di dalam operasi pembersihan dan penggeledahan tersebut dan akan diteruskan ke Kg, Sg. Bilis dan Tg. Labian selepas operasi di Sg. Nyamuk akan ditamatkan pada hari ini. 10 mayat pengganas juga telah dapat di keluarkan hari ini. Operasi masih diteruskan dengan anggota keselamatan di tahap semangat yang paling tinggi.
Sidang Media tersebut tamat pada 10.40 pagi.
BLOG BN 2013
No comments:
Post a Comment