Ujarnya, perlembagaan parti yang baru ini adalah lebih mencabar dan lebih kompleks kerana ia adalah sejajar dengan pembaharuan dan reform yang dilakukan tiga tahun lalu tetapi belum dikuatkuasakan dalam pemilihan.
"Dari segi pemilihan ahli Majlis Tertinggi (MT), bilangan yang memilih akan mencecah hampir 150,000 orang yang akan terlibat bagi menentukan pucuk pimpinan parti daripada Presiden sampailah kepada MT," katanya.
Jelas beliau, jika dihitung dengan anggota Pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, ia akan membabitkan pertambahan 100,000 bagi setiap sayap.
"Bilangan ini menunjukkan tanggungjawab yang jauh lebih besar daripada apa yang pernah dilalui dalam pemilihan sebelum ini."
Selaras dengan itu, satu pasukan akan turun padang ke tiap-tiap negeri yang akan diketuai oleh Tan Sri Mohammad Tajol Rosli Mohamed Ghazali, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Setiausaha Kerja UMNO Datuk Rauf Yusoh dan beberapa anggota lagi.
"Pasukan ini akan menjelaskan apakah kaedah yang baru berdasarkan perlembagaan parti.
"Oleh itu mesyuarat cawangan akan bermula selepas proses penerangan ini selesai diadakan dan tarikh paling awal yang dapat kita adakan mesyuarat cawangan adalah pada 15 Julai hingga 31 Ogos tahun ini," katanya lagi.
Jelas beliau, selepas mensyuarat cawangan akan diikuti mesyuarat Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO yang tarikhnya akan diumumkan kemudian selepas sesi penerangan di setiap bahagian berkaitan keperluan logistik dalam pemilihan.
Beliau yang juga Perdana Menteri Malaysia berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat MT di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn hari ini.
Perhimpunan Agung Khas UMNO pada Oktober 2009 telah meluluskan pindaan perlembagaan iaitu 146,500 perwakilan bakal menentukan kepemimpinan UMNO dengan menghapuskan sistem kuota, persidangan mesyuarat perwakilan secara serentak dan juga menambah bilangan ahli jawatankuasa lantikan Wanita.
Selain itu UMNO juga meluluskan untuk menjadikan yuran keahlian sebagai yuran seumur hidup, memberi kuasa kepada Pemuda, Wanita dan Puteri untuk meluluskan keahlian baru UMNO dan mengiktiraf sumbangan setiausaha bahagian. -- MediaUMNO
BLOG BN 2013
No comments:
Post a Comment