Lahad Datu terkawal, rundingan masih diteruskan
KANGAR 24 Feb. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetap menaruh keyakinan tinggi untuk mengambil pendekatan secara rundingan dengan kumpulan penceroboh yang menggelar diri sebagai Tentera Diraja Sulu di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, ini kerana langkah tersebut mampu menyelesaikan konflik itu dengan baik tanpa menimbulkan masalah yang lebih besar.
Bagaimanapun, kata beliau, PDRM sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi apa sahaja kemungkinan demi menjaga keamanan negara.
"Keadaan di Lahad Datu tetap terkawal, anggota kita (PDRM) sentiasa mengawal di sana," kata beliau kepada pemberita selepas Pelancaran Program Kesukarelawan Skuad Muda Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Penanaman Pokok di Mes Pegawai Kanan Polis, Jalan Raja Muda di sini hari ini.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130225/dn_08/Lahad-Datu--terkawal-rundingan-masih-diteruskan#ixzz2Ls5c6A3d
© Utusan Melayu (M) Bhd
BLOG BN 2013
No comments:
Post a Comment