BN Meterai Ikrar Integriti Bukti Janji Ditepati, Tak Endah Manipulasi Pembangkang
KUALA LUMPUR, 21 Feb – Kesungguhan Barisan Nasional (BN) melaksanakan penambahbaikan dan memastikan ketelusan dibuktikan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International sebagai komitmen terhadap agenda negara menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Wan Norashikin Wan Nordin melihat kelangsungan pentadbiran dan keyakinan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN adalah hasil daripada tekad dan keutamaannya dalam memastikan rakyat mendapat pembelaan dan sentiasa didahulukan.
“Kepimpinan tertinggi BN tidak pernah melatah atau terpengaruh dengan agenda pembangkang biarpun telah pelbagai fitnah, manipulasi dan persepsi negatif ditohmah malah ikrar integriti ini adalah antara tindakan yang benar-benar ikhlas dari beliau dalam melaksanakan amanah,” katanya kepada UMNO-Online.
Ujarnya, Perdana Menteri telah melaksanakan transformasi dengan berjaya dan tema ‘Janji Ditepati’ adalah selaras dengan pelbagai bantuan dan keutamaan kepada rakyat.
“Rakyat boleh menilai sendiri bagaimana bersungguh-sungguhnya BN mahu membanteras pelbagai perkara negatif sehinggakan Perdana Menteri sendiri melakukan ikrar janji, bersifat merendah diri malah pernah memohon maaf dengan masyarakat sekiranya benar BN ada mempunyai kesilapan dan ini semua dilakukan atas kepentingan kepada semua sebagaimana Gagasan 1Malaysia, Rayat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.
“Tindakan ini amat berbeza dengan apa yang ada dalam pakatan pembangkang kerana para pemimpinnya seringkali bersifat angkuh, tamak dan saling bertelagah dan andainya diminta melakukan apa yang Datuk Seri Najib laksanakan saya percaya bahawa mereka tidak akan sanggup,” katanya.
Dalam hal ini beliau turut merujuk kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sehingga ke hari ini tidak pernah meminta maaf kepada rakyat atau mengangkat sumpah biarpun terdapat desakan dari pihak yang berkait dengannya dalam isu tuntutan moral.
“Dalam pakatan pembangkang juga sering bertentangan pendapat, mempunyai agenda berlainan, hala tuju berbeza dan matlamat mereka juga bukanlah untuk kepentingan rakyat apatah lagi untuk menunaikan segala janji-janji yang tertulis dalam manifesto pilihan rayanya.
“Mereka menipu rakyat, burukkan kerajaan BN dan tidak lanksanakan tanggungjawab sehinggakan rakyat turut mengheret kerajaan negeri ke mahkamah sebagaimana yang berlaku di Selangor.”
Jelas beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kampung Gajah, apa yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri menunjukkan keseriusan beliau terhadap bakal calon BN pada PRU nanti dengan integriti menjadi tonggak utama selain telus, jujur dan ikhlas.
“Ini juga membuktikan bahawa BN bersedia dinilai berbanding pakatan pembangkang yang tidak berani melakukan sedemikian,” katanya lagi.
Ikrar Intergriti Pilihan Raya Transparency International adalah sosial kontrak sukarela kepada calon yang akan bertanding dalam PRU sebagai ikrar untuk mempromosikan integriti, urustadbir kerajaan dengan baik, ketelusan dan akauntabiliti dalam kerajaan di peringkat negeri dan pusat serta mempertahankan keluhuran undang-undang.
Dokumen tersebut menyenaraikan empat perkara terhadap calon BN yang akan bertanding dalam pilihan raya akan datang:
• Calon mestilah melihat prinsip kebenaran, integriti, etika dan telus termasuk tidak menerima atau memberi rasuah atau terlibat dalam apa cara perlakuan rasuah.
• Calon mesti mempertahan dan memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat keseluruhannya.
• Calon mesti mempraktik urustadbir kerajaan yang baik dan ketelusan.
• Calon mesti terikat dengan undang-undang dan peraturan yang terpakai di Malaysia.
• Calon mesti mempertahan dan memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat keseluruhannya.
• Calon mesti mempraktik urustadbir kerajaan yang baik dan ketelusan.
• Calon mesti terikat dengan undang-undang dan peraturan yang terpakai di Malaysia.
– MediaUMNO
BLOG BN
No comments:
Post a Comment