PDRM nafi dakwaan FB Kunak diserang
Oleh:
Tarikh: March 3, 2013
Tarikh: March 3, 2013
SHAH ALAM – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan maklumat palsu yang disebarkan seorang pemilik akaun facebook bernama Mohd Faiz yang mengatakan kawasan Kunak di Tawau, Sabah telah diserang sekumpulan penceroboh bersenjata yang dimuat naik pada jam 1.35 pagi tadi.
Malah PDRM juga mengesahkan bahawa tiada individu yang bernama Hamdan, berpangkat KCKD yang bertugas di kedua-dua tempat sama ada Lahad Datu mahupun Kunak seperti mana yang didedahkan pemilik akaun Facebook terbabit.

“Mohon kerjasama semua supaya mengesahkan maklumat yang diterima daripada pelbagai sumber terlebih dahulu.
“... jangan melibatkan diri dalam menyebarkan khabar angin. Ia adalah satu tindakan menyalahi undang-undang,” kata pentadbir Facebook PDRM sambil memberi amaran
kepada orang ramai tentang maklumat palsu dan tidak bertanggungjawab itu, hari ini.
kepada orang ramai tentang maklumat palsu dan tidak bertanggungjawab itu, hari ini.
Maklumat palsu itu mula tersebar dalam media sosial dan laman blog sejurus selepas dua anggota polis komando VAT 69 terkorban dalam tragedi berdarah di Lahad Datu, Sabah dua hari lalu.
Kumpulan penceroboh lengkap bersenjata dari selatan Filipina mendakwa mereka adalah pengikut Sultan Sulu dan masih berkubu di Lahad Datu.
p/s Minta Pihak PDRM akan memberi info dam maklumat terkini agar tiada pihak media asing memdahului masa sebenar (Realtime) serata info info liar di alam cyber yang kadang kadang mecurigakan. Terima kasih di atas 'feedback' yang agak berkesan.
BLOG BN 2013
No comments:
Post a Comment