Kedutaan Malaysia di Manila ditutup
Kira-kira 100 penganut Katolik dan Muslim Filipina berkumpul di perkarangan kedutaan yang terletak di Makati.
MANILA – Kedutaan Besar Malaysia di Filipina terpaksa ditutup warga tempatan mengadakan demonstrasi ekoran serangan tentera ke atas pengikut Sultan Sulu di Kampung Tanduo, pagi ini.
Kira-kira 100 penganut Katolik dan Muslim Filipina berkumpul di perkarangan kedutaan yang terletak di Makati.
Mereka menuduh Malaysia melakukan pembantaian terhadap warga Filipina di Sabah. Kira-kira 50 anggota polis Filipina yang datang menggunakan trak untuk menjaga keselamatan pejabat kedutaan, lapor ABS.
Pihak tentera dan polis melancarkan serangan baru ke Sabah mulai jam 7.00 pagi tadi.
Serangan itu ditujukan untuk mengusir pengikut Sultan Jamalul Kiram III yang sudah menduduki Sabah sejak Februari lalu.
Seramai 27 orang – anggota polis dan penceroboh Sulu terbunuh dalam beberapa siri serangan di Kampung Tanduo dan Semporna sebelum ini.
Tentera juga menambah jumlah batalion dalam usaha mengusir kumpulan penceroboh berkenaan.
Sejauh ini, para pengikut Sultan Sulu masih enggan meninggalkan Sabah kerana mereka mengganggap wilayah itu merupakan wilayahnya.
Meski mereka sudah diperingatkan berkali-kali dan didesak meninggalkan Sabah, mereka tetap memilih berjuang sampai mati di wilayah itu.
BLOG BN 2013
No comments:
Post a Comment