The BLOG BN Message

DEMAM PRU13 2013

DEMAM PRU13 2013
HIDUP BN, HIDUP UMNO, HIDUP MELAYU, HIDUP MALAYSIA.

MANIFESTO #PRU13 BARISAN NASIONAL (BN) - (KLIK GAMBAR UNTUK HELAIAN PENUH MANIFESTO)

MANIFESTO #PRU13 BARISAN NASIONAL (BN) - (KLIK GAMBAR UNTUK HELAIAN PENUH MANIFESTO)
MANIFESTO #PRU13 BARISAN NASIONAL (BN) - (KLIK GAMBAR UNTUK HELAIAN PENUH MANIFESTO) - Akujanji 'Menepati Janji Membawa Harapan'

OPS DAULAT UPDATES

OP DAULAT

OP DAULAT
Operasi Anti Pengganas Kesultanan Sulu

Saturday, March 2, 2013

RENTETAN KEJADIAN SERANGAN DAN PENCEROBOHAN TENTERA DIRAJA SULU DI KG. TANDOU, FELDA SAHABAT 17, LAHAD DATU, SABAH MALAYSIA ( Gambar Kawasan Kejadian dan Persekitarannya)


Tian Chua amat tidak bertanggungjawab - TPM




















<="Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI">
CAMERON HIGHLANDS 2 Mac - Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chua Tian Chang atau Tian Chua kerana tidak sensitif dengan kesedihan keluarga dua anggota pasukan keselamatan negara yang terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh di Lahad Datu, Sabah semalam dengan mendakwa kejadian itu adalah konspirasi UMNO.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kenyataan Tian Chua itu bukan sahaja tidak munasabah malah amat tidak bertanggungjawab kerana cuba mengeksploitasi isu keselamatan negara untuk meraih keuntungan politik.
Menurut beliau, kenyataan seperti itu dibimbangi boleh menjatuhkan moral pasukan keselamatan negara yang terlibat dalam operasi menangani pencerobohan kumpulan bersenjata yang menggelarkan diri mereka Tentera Diraja Kesultanan Sulu.
"Kita tidak boleh main-main dengan hal sebegini. Jangan cuba mengeksploitasi hal sebegini untuk mencapai keuntungan politik daripada peristiwa sedih yang menimpa mereka.
"Apatah lagi dengan langkah-langkah keselamatan yang telah diambil oleh pasukan kita dan ini boleh menjatuhkan moral mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di sini hari ini.
Tian Chua seperti dipetik dalam lidah rasmi PKR, Keadilandaily.com semalam mendakwa, kejadian yang menyebabkan kematian petugas keselamatan negara dan penceroboh dari Filipina itu hanya 'sandiwara kerajaan' untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, Tian Chua dan semua pihak seharusnya faham bahawa operasi tersebut adalah amat penting untuk keselamatan negara dan kerajaan memandang situasi itu dengan amat serius.
Katanya, kerajaan amat sedih dengan peristiwa tersebut yang mengorbankan petugas keselamatan negara dan kumpulan penceroboh.
"Kita amat faham, apa jua yang berlaku, pembangkang dengan mudah membuat tuduhan mengaitkan dengan Barisan Nasional (BN) atau UMNO kerana sebahagian daripada rancangan mereka ialah untuk kempen membenci kerajaan serta UMNO.
"Ini sebenarnya sudah lama dilakukan dan bukannya pertama kali untuk menyemarakkan perasaan marah dan benci rakyat. Jadi, mereka buat tuduhan seperti itu," katanya.
Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga dua anggota komando VAT 69 yang terkorban dalam insiden berdarah semalam iaitu arwah Inspektor Zulkifli Mamat, 30, dan Koperal Sabarudin Daud, 46.
Ditanya mengenai laporan media asing yang memetik pihak perisikan Filipina mengaitkan seorang pemimpin utama parti pembangkang negara sebagai antara dalang dalam kejadian pencerobohan tersebut, Muhyiddin menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa negara untuk menjalankan siasatan.
"Ini soal perisikan, saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat apa-apa maklumat yang diterima dan perlu disahkan dengan bukti dan sebagainya. Sekiranya ada berlaku, kita serahkan kepada pihak bertanggungjawab untuk membuat ulasan dan kenyataan," ujarnya.
Portal berita Filipina, Inquirer News mendedahkan, seorang pemimpin utama pakatan pembangkang di Sabah yang rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan pihak penceroboh dan menawarkan jaminan sokongan terhadap tuntutan kumpulan terbabit di Sabah.
Inquirer News yang memetik sumber perisikan Filipina dilapor sebagai berkata, pertemuan itu berlaku November tahun lalu, menyebabkan Sultan Sulu, Jamalul Kiram III mengarahkan pengikutnya menceroboh Kampung Tanduo bagi menuntut Sabah dari Malaysia. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130302/dn_40/Tian-Chua-amat-tidak-bertanggungjawab---TPM#ixzz2MNvP5pqX
© Utusan Melayu (M) Bhd 



p/s Segala onar akan terserlah dan terbongkar  !!!






BLOG BN 2013

No comments:

Send Button

Follow Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ANAKNILAI BLOGGERS GROUP - BLOGBN, PMELAYU,ANAKNILAI,KATA DIKOTA JANJI DITEPATI,KMELAYU.

Blog / Fb Activity Feeds

BLOG BN : Fb Recommendation Box

ANAKNILAI BLOGGERS GROUP - Top Blog Feeds

My Headlines 1

My Headlines 2a

My Headlines 3

My Headlines 4