The BLOG BN Message

DEMAM PRU13 2013

DEMAM PRU13 2013
HIDUP BN, HIDUP UMNO, HIDUP MELAYU, HIDUP MALAYSIA.

MANIFESTO #PRU13 BARISAN NASIONAL (BN) - (KLIK GAMBAR UNTUK HELAIAN PENUH MANIFESTO)

MANIFESTO #PRU13 BARISAN NASIONAL (BN) - (KLIK GAMBAR UNTUK HELAIAN PENUH MANIFESTO)
MANIFESTO #PRU13 BARISAN NASIONAL (BN) - (KLIK GAMBAR UNTUK HELAIAN PENUH MANIFESTO) - Akujanji 'Menepati Janji Membawa Harapan'

OPS DAULAT UPDATES

OP DAULAT

OP DAULAT
Operasi Anti Pengganas Kesultanan Sulu

Sunday, March 3, 2013

SABAH UNDER ATTACK !! Beware of intruder - Sabahan Warned.


Penceroboh Sulu sudah merebak ?....TERBARU seorang lagi anggota polis terbunuh di Semporna.


lahad1xxKalau nak buat andaian berdasarkan kejadian serangan terbaru Sabtu malam nampak macam kehadiran pergerakan penceroboh bersenjata Sulu yang sebelum ini terkepung di Lahad Datu sudah merebak  ke kawasan Semporna pula.
Ini ekoran kejadian tembak menembak yang berlaku pada jam 8 malam di Kampong Selamat,Semporna yang terletak kira-kira 150 kilomiter dari Kampong Tanduo,Felda Sababat,Lahad Datu dimana berlaku serangan pagi Jumaat.

Lewat Sabtu malam Bernama melaporkan seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban dalan pertempuran dengan sekumpulan penceroboh di Kampung Selamat, Semporna.

Ia memetik sumber sebagai memberitahu dalam kejadian itu seorang lagi anggota keselamatan turut cedera.


lahad-map1xx
PETA PETUNJUK JARAK KIRA-KIRA 150 KM ANTARA KAMPONG TANDUO, FELDA SAHABAT DI LAHAD DATU DENGAN KEJADIAN TERBARU DI SEMPORNA.

AWAL PAGI AHAD - 

Ketua Polis Sabah Datuk Datuk Hamza Taib mengesahkan seorang anggota polis terbunuh dan dua lagi cedera akibat diserang hendap di Kampong Siminul semasa hendak membuat pemeriksaan keatas sekumpulan lelaki dipercayai penyokong kumpulan penceroboh yang terkepung di Lahad Datu.

Katanya kejadian berlaku sekitar 7 malam.
 
Ada sikit kekeliruan tentang lokasi kejadian samada Kampong Selamat ( ikut laporan Bernama)  atau Kampung Sri Jaya Siminul di Semporna itu ..

Sebelum itu satu kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar di laman facebook PDRM menjelang tengah malam mengesahkan berlaku kejadian tembak-menembak di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna, Sabah, kira-kira pukul 7.30 malam.

BERIKUT IALAH KENYATAAN BELIAU : LAHAD DATU - KENYATAAN KETUA POLIS NEGARA
YDH Tan Sri Datuk Seri Ismail bin Tan Sri Omar mengesahkan bahawa telah berlaku satu kejadian tembak menembak susulan daripada pemeriksaan oleh pihak polis ke atas sebuah premis di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna, Sabah, kira-kira jam 7.30 mlm tadi.
Pemeriksaan tersebut bertujuan mengesahkan penglibatan kejadian pencerobohan di Lahad Datu. Setakat ini, pihak polis masih belum dapat mengesahkan jumlah mereka yang terlibat dalam kejadian terbabit. Bagaimanapun jumlah yang terlibat dipercayai tidak melebihi 10 orang.
Dalam kejadian tembak menembak ini, beberapa anggota polis dilaporkan tercedera. Butiran terperinci akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Lebih awal Sabtu malam, Ketua Polis Sabah Datuk Hamzah Taib mengesahkan ada kejadian tembak menembak di Kampong Simunal tetapi ketika itu menafikan ia ada kaitan dengan kes pencerobohan di Lahad Datu.

Menurut beliau kejadian berlaku semasa anggota polis pergi membuat pemeriksaan mengena laporan ada orang memiliki senjata di situ.

Beliau juga menolak khabar angin ada serangan keatas balai polis di Lahad Datu.

Sementara itu ikut cakap-cakap yang berlegar ada kemungkinan kumpulan penceroboh Sulu sudah menyusup masuk ke beberapa bahagian sekitar Lahad Datu, Semporna dan Tawau.

Ini kerana lokasi daerah itu tidak jauh dipisahkan dengan lautan dengan sebilangan kepulauan di Selatan Filipina.

Lagi pun agak sukar untuk kenal mereka kerana paras rupa agak sama dengan penduduk tempatan



Admin -   Nampaknya keadaan tidak akan reda selagi situasi ini tidak dikawal secara bersepadu bersama ATM agar dapat PDRM bekerjasama membenteraskan anasir dari luar ini agar rakyat tempatan tidak berada dalam ketakutan. Kerajaan hendaklah membuat keputusan segera, perlu diambil tindakan ketumbukan tentera dan polis supaya situasi  huru hara ini dapat di bendung dan segera di tamatkan demi mempertahankan tanahair dari ancaman keganasan seperti yang telah berlaku. Admin sarankan agar pihak keselamatan tidak hanya bertahan dan terlalu berhati hati memandangkan situasi ini telah berlarutan sejak 9hb.Februari yang lalu dan hanya pada 12hb.Februari kejadian pencerobohan ini dilaporkan kepada pihak Polis secara rasmi. Pihak berkuasa pada dasarnya tidak mengambil ringan akan keselamatan penduduk tempatan khasnya dan Negeri Sabah keseluruhannya memandangkan tragedi ini telah di ambil perhatian dari seluruh tanahair juga dari masyarakat antarabangsa.

Kita sama sama berdoa dan berharap situasi ini akan berakhir dalam masa yang terdekat ini. in Syaa Allah. Amin. 






BLOG BN 2013

No comments:

Send Button

Follow Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ANAKNILAI BLOGGERS GROUP - BLOGBN, PMELAYU,ANAKNILAI,KATA DIKOTA JANJI DITEPATI,KMELAYU.

Blog / Fb Activity Feeds

BLOG BN : Fb Recommendation Box

ANAKNILAI BLOGGERS GROUP - Top Blog Feeds

My Headlines 1

My Headlines 2a

My Headlines 3

My Headlines 4