The BLOG BN Message

DEMAM PRU13 2013

DEMAM PRU13 2013
HIDUP BN, HIDUP UMNO, HIDUP MELAYU, HIDUP MALAYSIA.

MANIFESTO #PRU13 BARISAN NASIONAL (BN) - (KLIK GAMBAR UNTUK HELAIAN PENUH MANIFESTO)

MANIFESTO #PRU13 BARISAN NASIONAL (BN) - (KLIK GAMBAR UNTUK HELAIAN PENUH MANIFESTO)
MANIFESTO #PRU13 BARISAN NASIONAL (BN) - (KLIK GAMBAR UNTUK HELAIAN PENUH MANIFESTO) - Akujanji 'Menepati Janji Membawa Harapan'

OPS DAULAT UPDATES

OP DAULAT

OP DAULAT
Operasi Anti Pengganas Kesultanan Sulu

Tuesday, March 5, 2013

SINOPSIS SEJARAH NUSANTARA YANG PERLU DIKETAHUI.


Sejarah Yang Hilang: Kesultanan Sulu



Kesultanan ini ini bermula bila seorang peranakan Arab Johor datang membuka pemerintahan selepas mengahwini seorang puteri tempatan atau 'dayang' di Sulu. Namanya Syed Abu Bakar Abirin.

Lebih kurang 100 tahun sebelum tu,ada seorang lelaki dari Minang, Sumatera namanya Raja Bagindo telah berdakwah kepada penduduk Sulu di mana sebelum tu ada tercatat nama Karim Al-Makdum, seorang pendakwah Arab datang membawa agama Islam kepada bekas wilayah emperium Srivijaya ini.Raja Bagindo menyambung usaha ulama Arab tu dan berjaya mengislamkan keseluruhan orang Tausug. Oleh sebab Minang dan Melayu ni adik beradik, maka ada satu pertalian misteri antara orang Tausug dan Melayu. Dari budaya dan bahasa dan macam-macam. Sebab tu bila Marcos latih anak Sulu supaya serang Malaysia, mereka tak mahu sebab sama agama dan serumpun.

Masa ni Kesultanan Sulu berkuasa di Sulu sahaja.Di Borneo,Sultan Brunei berkuasa.Tapi Brunei ni menghadapi macam-macam masalah sebab Borneo ni luas sangat. Satu lagi mereka terpaksa menghadapi penentangan suku-suku tempatan macam Dayak,Iban dan sebagainya. Ada kawasan yang mereka berjaya tundukkan,ada kawasan yang kejap ok kejap memberontak.
Macam tu la sejak beratus-ratus tahun sejak era raja-raja Boni sehingga era Kesultanan Brunei.

Brunei dan Sulu ni pun ada pertalian misteri adik-beradik. Pangkal nama perempuan Brunei adalah 'dayang' dan ini juga dipakai di Sulu menunjukkan darjat tertentu. Padahal dalam Kerajaan Melayu di Semenanjung, dayang ni adalah pelayan wanita elit yang bertugas dalam istana raja. Ini menunjukkan ketika Emperium Srivijaya, ada satu 'clan' yang dilantik di kalangan orang-orang dari Borni dan Sulu atau sebelah kepulauan Filipina dengan gelaran2 tertentu. Contohnya 'Datu' dan 'Paduka' memang popular di Sulu dan Filipina. Juga gelaran Rajah dan Shariff. Shariff ini popular dalam masyarakat Islam.

'Awang' adalah pangkal nama lelaki di Brunei dan budaya ini anehnya ada di Kelantan. Raja-raja Melayu purba pernah berpusat di Kelantan,Kedah sehingga ke Segenting Kra. Pemerintahan Sri Dharmaraja sampai ke Pahang. Dalam petitih-petitih Siam era klasik ada mengatakan Siam itu sampai ke Pahang. Masa tu Siam ni tak identik dengan Ayutthaya tapi Sri Dharmaraja sebab ini kerajaan besar sebelum wujud Ayutthaya. Sultan Melaka pernah berperang dengan Maharaja Dewasura, ini pemerintah Pahang yang masih setia dengan Sri Dharmaraja. Maharaja Srivijaya mempunyai seorang anak nama Sanjaya dan dia inilah Aji Saka yang bawa kebudayaan Kelantan Kuno ke Jawa. Sebab itu ada wayang kulit dan kain batik kat Jawa. Dalam rekod Khmer, Sanjaya ialah Ajiraja.

Berbalik kepada Kesultanan Sulu, ada satu ketika Sultan Brunei hadapi satu pemberontakan dalam wilayahnya.Jadi Sultan Brunei minta saudaranya, Sultan Sulu bantu.Pemberontakan tahun 1703 tu berjaya diatasi. Sebagai hadiah,Sultan Brunei bagi timur Sabah pada Sultan Sulu. Inilah ALASAN yang dipakai oleh Macapagal dan Marcos nak tuntut Sabah dan sesetengah militan Sulu.

Nak tahu pasal apa James Brooke jadi Rajah Putih?  Sebab Sultan Brunei tak mampu hadapi pemberontakan dan kekacauan dalam wilayahnya. Nampak? Beres masalah, bagi tanah kat orang lain. Selesai masalah,bagi tanah kat orang lain.Sebab apa? Sebab raja-raja Melayu masa tu kaya dengan tanah.Tanah ni satu 'matawang' yang paling high demand macam Dinar Kuwait dan bersifat universal. Satu lagi orang putih memang nakkan tanah untuk buat port dan kawal perdagangan.

Pada abad ke-19,Sepanyol mula serang Kesultanan Sulu. Akhirnya pada tahun 1851,Sulu dan Sepanyol buat penjanjian damai. Dalam perjanjian tu Sultan Sulu dipaksa mengakui kedaulatan Sepanyol atas Sulu.

Sumber :  Budakbenteng












BLOG BN 2013

No comments:

Send Button

Follow Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ANAKNILAI BLOGGERS GROUP - BLOGBN, PMELAYU,ANAKNILAI,KATA DIKOTA JANJI DITEPATI,KMELAYU.

Blog / Fb Activity Feeds

BLOG BN : Fb Recommendation Box

ANAKNILAI BLOGGERS GROUP - Top Blog Feeds

My Headlines 1

My Headlines 2a

My Headlines 3

My Headlines 4