[Eksklusif] Gambar Penceroboh Dipukul Sehingga Mati Oleh Penduduk Semporna...
Puluhan penduduk membelasah hingga mati seorang lelaki bersenjata M16, yang dipercayai terlibat dalam serangan hendap yang mengorbankan lima anggota polis, di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna malam tadi.
Dalam insiden awal pagi ini, seorang lelaki berbadan besar, berpakaian serba hitam dan bersenjatakan M-16 turun daripada sebuah bukit dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah surau di Kampung Senallang Lama, Semporna.
Seorang penduduk, Abdul Hani Samaullah, 44, berkata selepas melepaskan tembakan, lelaki itu turut menjerit di hening pagi bahawa "saya yang menembak polis malam tadi".
"Lelaki itu kemudian membuka setiap pintu rumah penduduk dan mengarahkan mereka berkumpul di satu kawasan lapang," katanya yang turut berkumpul bersama penduduk di dalam keadaan ketakutan.
Abdul Hani berkata penduduk menyerang lelaki terbabit apabila dia bertinggung dan memasang api rokok serta meletakkan senjatanya.
Beliau berkata lelaki itu dibelasah hingga mati dan mayatnya diletakkan berhampiran sebuah pokok di kampung itu.
Pesuruhjaya Sabah Datuk Hamza Taib pada sidang akhbarnya mengesahkan kejadian itu dan berkata dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, penceroboh menyelinap masuk ke kampung itu melalui jalan pantai.
"Penceroboh itu bersenjatakan M-16 dan membawa pelancar roket," katanya sambil memberitahu bahawa siasatan mendapati lelaki itu berbangsa Sulu dan berumur dalam lingkungan 60-an.
Kebanyakan penduduk di kampung itu adalah petani dan pekebun ladang kelapa sawit.
Sementara itu pelancong dari Republik Czech Jam Pesta, 67, yang bersama keluarganya merancang untuk bercuti ke Pulau Mabul berharap insiden pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan bersenjata yang tidak dikenali itu dapat diselesaikan dengan secepat mungkin.
"Saya dapati Semporna mungkin antara destinasi pelancongan terbaik di dunia dan sudah tentu di kawasan Asia. Saya berharap insiden ini cepat berakhir," katanya.
Beliau berkata rancangan percutiannya ke Pulau Mabul bersama isteri dan anggota keluarganya ditangguh ke tarikh yang belum ditentukan oleh agensi pelancongan.
"Saya sudah di sini selama dua hari. Sepatutnya esok saya dan isteri ke Pulau Mabul namun secara tiba-tiba ditangguh oleh agensi pelancongan," katanya.
Sementara itu, Perdana Menteri turut memuji tindakan berani penduduk kampung di Semporna yang menumpaskan seorang penceroboh yang dianggap beliau bukti penduduk setempat tidak bersetuju dengan kes pencerobohan di Lahad Datu.
SUMBER : Kulaan Niring
Admin - Padan muka aruah pengganas tersebut sampai tak nampak mukanya mungkin hancur di belasah oleh orang orang kampung yang hilang kesabaran setelah menjadi tawanan pengganas tersebut. Ini baru rakyat tempatan di daerah tersebut belum lagi anak anak Pribumi dan Bumiputera terutamanya orang orang Melayu di Sabah, sarawak dan Semenanjung Tanah Melayu. Setelah lebih 3 minggu di landa dengan kemelut pencerobohan 'Pengganas dan Lanun Sultan Sulu' di Lahad Datu, Kunak dan Semporna, ada kemungkinan kejadian kejadian yang telah di rancang oleh Kesultanan Sulu dan orang orangnya ke tempat tempat lain yang strategik yang bakal menimbulkan suatu suasana 'panik' dan tidak tenteram disamping polemik sentimen dikalangan rakyat tempatan Negeri Sabah khasnya dan penduduk Semenanjung Tanah Melayu lebih lebih lagi di dalam menghadapi demam Pilihanraya Umum ke 13 yang akan diadakan pada bila bila masa dari sekarang.
Admin tertarik dengan pandangan Dato' Mohd Zahrain dari Pulau Pinang iaitu seorang bekas Ahli Parlimen PKR yang sekarang telah kembali menjadi Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional yang berpendapat bahawa pencerobohan yang bermula di Lahad Datu berkemungkinan lahir dari suatu pakatan dari pihak Sulu dan juga beberapa pihak dari dalam negeri sendiri yang agak terancang dan bermotifkan politik dan menimbulkan keadaan yang huru hara di kalangan rakyat Malaysia. Apabila keadaan di Sabah terutamanya menjadi huru hara dan kacau bilau, maka Kerajaan Negeri dan Pusat terpaksa mengumumkan Darurat di Sabah dan menyebabkan PRU tidak boleh di adakan di Negeri Sabah dan akan mengakibatkan Barisan Nasional berkemungkinan kalah akibat tidak cukup kerusi untuk menang dengan majoriti mudah di peringkat Parlimen seterus nya Putrajaya akan tumbang dengan BN akan hilang tampuk pemerintahan negara kepada PR. Jadi beliau sangat berat mengatakan bahawa pihak PR telah berpakat dan terlibat secara tidak langsung dengan pencerobohan Pengganas Sulu di Lahad Datu yang telah merebak ke Kunak dan Semporna, Sabah.
Sementara itu, pihak pembangkang PR telah beria ia memperlekehkan dan mempersendakan kewibawaan dam kemampuan pihak berkuasa di dalam menangani kemelut yang bermula daripada 12hb. Februari, 2013 secara rasmi apabila telah mendapat laporan Polis berkenaan pencerohan di Kg. Tandou, Felda Sahabat, Lahad Datu. Berikut, admi lampirkan beberapa info untuk dibincangkan serta dibuat penilaian. Bagi admin, banyat lagi yang tersirat dan tersurat yang perlu didedahkan agar dirangkum bagi mendapat suatu penyelesaian di dalam kejadian ini. Juga admin, dapat mencium beberapa unsur konspirasi yang bakal dibongkar agar anasir sebenarnya dapat dibenteras dan di ambil tindakan undanng undang Malaysia, tanahair yang tercinta ini.
Kemas Kini: Rangkuman Konspirasi
6 Polis Maut, 6 Anggota Kumpulan Bersenjata Terbunuh
6 Polis Maut, 6 Anggota Kumpulan Bersenjata Terbunuh
[Bernama] LAHAD DATU - Seorang lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah semalam, menjadikan jumlah terkini anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut kepada enam orang.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, enam anggota kumpulan bersenjata itu juga terbunuh dalam kejadian pukul 8 malam di perkampungan atas air itu.
Dalam operasi 'menyelamat' yang dilancarkan hari ini dan berakhir kira-kira 7 malam, Ismail berkata, polis turut berjaya mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari Kampung Sri Jaya Simunul itu.
Pada sidang media kira-kira 9 malam di Felda Sahabat, Kampung Tanduo di sini, Ismail berkata enam mayat anggota polis yang terkorban itu dihantar ke Hospital Semporna.
"Identiti mangsa akan dimaklumkan kepada anggota keluarga terlebih dahulu sebelum dipaparkan di laman web rasmi PDRM," katanya.
Pada sidang media terdahulu hari ini, Ismail mengumumkan lima anggota polis terkorban dalam insiden itu manakala dua anggota kumpulan itu terbunuh.
Pada sidang media sebelum ini, beliau berkata kelima-lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna itu ditugas untuk menjalankan siasatan di kampung berkenaan berikutan polis mendapat maklumat mengenai sekumpulan lelaki bersenjata di kampung itu.
Ismail juga memberitahu sidang media terdahulu itu bahawa anggota polis itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri.
Pada sidang media malam ini, Ismail menafikan terdapat insiden anggota polis yang didakwa menjadi tebusan kumpulan bersenjata itu dipenggal kepalanya.
"Itu hanya khabar angin dan saya minta orang ramai supaya tidak mempercayai sebarang khabar angin," katanya.
Beliau memaklumkan keadaan di kampung berkenaan kini kembali seperti biasa.
Petikan Dari Inquirer News
Petikan Kenyataan Dari Pegawai Perisik Filipina
Petikan Dari The Manila Times.net
Perjumpaan Anwar Dengan Nur Misuari Sebelum Ini dinafikan oleh beliau sendiri
Pertemuan Dr. Jeffery Kitingan Dengan Sultan Muedzullail T Kiram Hotel Le Merridien, Kg. Ayer, KK, Sabah
Jadi Siapakah Dalang Di Sebalik Pencerobohan Militan Filipina Di Lahad Datu???
BLOG BN 2013
No comments:
Post a Comment