The BLOG BN Message

DEMAM PRU13 2013

DEMAM PRU13 2013
HIDUP BN, HIDUP UMNO, HIDUP MELAYU, HIDUP MALAYSIA.

MANIFESTO #PRU13 BARISAN NASIONAL (BN) - (KLIK GAMBAR UNTUK HELAIAN PENUH MANIFESTO)

MANIFESTO #PRU13 BARISAN NASIONAL (BN) - (KLIK GAMBAR UNTUK HELAIAN PENUH MANIFESTO)
MANIFESTO #PRU13 BARISAN NASIONAL (BN) - (KLIK GAMBAR UNTUK HELAIAN PENUH MANIFESTO) - Akujanji 'Menepati Janji Membawa Harapan'

OPS DAULAT UPDATES

OP DAULAT

OP DAULAT
Operasi Anti Pengganas Kesultanan Sulu
Showing posts with label DATO' ZAKI PANGLIMA 1 DIVISION. Show all posts
Showing posts with label DATO' ZAKI PANGLIMA 1 DIVISION. Show all posts

Wednesday, March 20, 2013

TERKINI !!! 8 SUSPEK RAKYAT FILIPINA DIDAKWA LANCAR PERANG TERHADAP YANG DIPERTUAN AGONG. - MAYAT 28 PENGGANAS SULU DIKEBUMI SEMENTARA........



WEDNESDAY, 20 MARCH 20

UTUSAN MALAYSIA 19/03/2013


Terkini : 8 suspek rakyat Filipina didakwa lancar perang terhadap Yang di-Pertuan Agong


LAHAD DATU 20 Mac - Lapan lelaki suspek pengganas dari selatan Filipina hari ini didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu di sini atas tuduhan keganasan dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Kesemua lelaki itu yang berusia lingkungan 17 hinggga 66 tahun, didakwa mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan kerana melancarkan keganasan, yang membawa hukuman penjara seumur hidup, dan Seksyen 121 kanun yang sama kerana melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Tiada pengakuan direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amelati Parnell, yang bersidang sebagai Majistret.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Dusuki Mokhtar dan Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan (Polisi), Datuk Nordin Ahmad, kedua-duanya daripada Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.
Mohd. Dusuki memberitahu pemberita, kes itu diperintahkan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau.
Katanya, kesemua mereka disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.
Yang turut hadir, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Kawasan sekitar ibu pejabat polis tersebut dikawal ketat oleh anggota keselamatan bersenjata. - BERNAMA



UPDATED 6.00 PM: Mayat 28 Pengganas Sulu Dikebumi Sementara Dituntut Waris




Kesemua 28 mayat pengganas Sulu yang disimpan di Hospital Lahad Datu dan Hospital Tawau akan dikebumikan sementara dituntut oleh waris mereka.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pengebumian sementara itu akan dilakukan bagi mengatasi masalah kekurangan bilik mayat di kedua-dua hospital tersebut selain mengekang masalah kesihatan yang mungkin timbul.
Khalid yang tidak mendedahkan lokasi pengebumian itu berkata, ahli keluarga yang menuntut mayat tersebut perlu mengemukakan bukti sampel DNA mereka sepadan dengan pengganas yang terbunuh sebelum mayat itu diserahkan.
"Bagi mereka yang menuntut dari luar negara seperti Filipina mereka boleh mengemukakan tuntutan kepada Kementerian Luar untuk urusan terbabit. Manakala bagi mereka yang berada di dalam negara boleh pergi ke balai polis," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Felda Sahabat di sini, Rabu.
Mengulas mengenai Ops Daulat, Zulkifeli berkata, pasukan keselamatan masih menerusikan operasi memburu saki-baki pengganas bersenjata di kawasan Kg Tanjung Batu.
Operasi tersebut dijangkan akan diteruskan selama beberapa hari lagi.
"Kami ingin memastikan bahawa kawasan itu selamat sebelum penduduk kampung dibenarkan pulang ke rumah mereka," katanya.

Read more: http://apple-biru.blogspot.com/2013/03/updated-600-pm-mayat-28-pengganas-sulu.html#ixzz2O56VUwMK
Follow us: @AppleBiru3 on Twitter | apple.biru.754 on Facebook


BLOG BN 2013

Sunday, March 17, 2013

OPS DAULAT - LATEST UPDATES !!! THE SABAH INTRUSION IN LAHAD DATU 2013

Sumpah Ba'iah Demi Agama, Bangsa dan Negara


Lapuran Terkini Mingguan Malaysia 17 /03/ 2013

Dr. Mahathir mencadangkan penubuhan
Suruhannjaya Diraja untuk siasatan penuh
Pencerobohan di Lahad Datu Sabah.

Lapuran Muka depan Mingguan Malaysia 17/03/2013

Raja Muda Azzumuddin sudah lari ke Filipina ?? Kenyataan oleh Jaycel Kiram lll yang tidak dapat disahkan kesahihannya.......  

Siasatan secara Diplomatik diantara Malaysia-Filipina sedang
dijalankan termasuk mengekstradisi Sultan Jamalul Kiram lll ke Malaysia





Keadaan di Kg Tanduo dengan Peluru bertaburan di jalanraya






Sumbangan Yayasan Pelajaran Cheras sebanyak RM236,508.36
ke Tabung Wira Lahad Datu TV3


Berjaya Group menyumbang RM 100,000.00 

Sumbangan oleh Yayasan Pencegahan Jenayah



Kenyataan media oleh Pesuruhjaya Polis Sabah Dato' 
Hamza Taib 

Naib Pengerusi SPR - Pemerhati Pengundian di PRU13
Kenyataan Media oleh Konsul Kedutaan Indonesia yang 
mengambil berat ke atas pekerja2 Indonesia di kawasan 
panas.  





Keadaan di Kg. Tanduo selepas tragedi







Dato' Hamza bersama Dato' Zaki Panglima 1 Division ATM





Terkini !! Seorang pengganas Sulu telah ditembak mati pagi tadi
di Sg. Nyamuk ( Kenyataan 1.30pm)

TERKINI !!!

ADMIN AKAN CUBA MENGEMASKINI BERITA MUKTAHIR DARI ZON MERAH DI LAHAD DATU DAN SEMPORNA DI DALAM KAWASAN ESSCOM IAITU SEPANJANG 1.400 KM DI SEPANJANG PANTAI TIMUR NEGERI SABAH.

SETAKAT PKL 4.00 PTG TADI ( 17/03/2013), JUMLAH PENGGANAS YANG DITEMBAK MATI : 62 ORANG, TANGKAPAN KE ATAS SUSPEK DI BAWAH AKTA 130C 7 SOSMA : 104 ORANG & 232 SUSPEK DI BAWAH  AKTA2 LAIN DALAM PELBAGAI KESALAHAN LAIN YANG BERSANGKUTAN DENGAN 'STAND-OFF' INI.

updated 4.50PM 17/03/2013












BLOG BN 2013

Send Button

Follow Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ANAKNILAI BLOGGERS GROUP - BLOGBN, PMELAYU,ANAKNILAI,KATA DIKOTA JANJI DITEPATI,KMELAYU.

Blog / Fb Activity Feeds

BLOG BN : Fb Recommendation Box

ANAKNILAI BLOGGERS GROUP - Top Blog Feeds

My Headlines 1

My Headlines 2a

My Headlines 3

My Headlines 4