The BLOG BN Message

DEMAM PRU13 2013

DEMAM PRU13 2013
HIDUP BN, HIDUP UMNO, HIDUP MELAYU, HIDUP MALAYSIA.

MANIFESTO #PRU13 BARISAN NASIONAL (BN) - (KLIK GAMBAR UNTUK HELAIAN PENUH MANIFESTO)

MANIFESTO #PRU13 BARISAN NASIONAL (BN) - (KLIK GAMBAR UNTUK HELAIAN PENUH MANIFESTO)
MANIFESTO #PRU13 BARISAN NASIONAL (BN) - (KLIK GAMBAR UNTUK HELAIAN PENUH MANIFESTO) - Akujanji 'Menepati Janji Membawa Harapan'

OPS DAULAT UPDATES

OP DAULAT

OP DAULAT
Operasi Anti Pengganas Kesultanan Sulu
Showing posts with label PRU13. Show all posts
Showing posts with label PRU13. Show all posts

Saturday, March 30, 2013

CAYALAH PAPAGOMO !!! WA SALUTE LU !!


43 Juta Pageviews Blog Papa Gomo Belum Mampu Sedarkan Melayu Bodoh

FRIDAY, MARCH 29, 2013



Salam kepada para pembaca blog Papa Gomo, Gomo mengucapkan ribuan terima kasih atas keperihatinan semua dalam melayari blog Papa Gomo ini yang setakat ini sudahpun mencecah 43 juta pembaca sejak ianya dimulakan pada tahun 2008 selepas berakhirnya PRU yang lalu.

Sepertimana yang diketahui blog Papa Gomo ini adalah mensasarkan kepada perpaduan kita sesama umat Islam apatahlagi bangsa Melayu yang ada di Malaysia ini cukup unik kerana lahirnya kita maka Islam agama kita berbanding negara Islam lain yang belum tentu Islam agama mereka walaupun ibu bapa mereka berugama Islam.

Dalam menyatakan perpaduan agar sesama orang Melayu bersatu Gomo tak menafikan yang blog Papa Gomo ini agak keras terutamanya dalam nak menyedarkan pembaca terutama dalam mengkritik pimpinan Melayu didalam pembangkang seperti PKR dan PAS.

Walaupun blog Papa Gomo ini dilihat pro kepada kerajaan Barisan Nasional terutamanya UMNO namun kebebasan dalam bersuara blog ini tidak hanya tertumpu kepada pembangkang semata mata kerana blog ini juga amat pedas kritikannya ke atas Barisan Nasional terutamanya UMNO.

Mungkin ramai yang melihat Blog Papa Gomo ini hanya mensasarkan kepada Anwar Ibrahim semata mata walhalkan jika anda perhatikan Papa Gomo sudah beberapa kali memberikan teguran kepada Perdana Menteri Najib Razak, Timbalan Menteri syok sendiri Saifuddin Abdullah dan beberapa pimpinan didalam Barisan Nasional. Inilah keterbukaan yang ada dalam Papa Gomo kerana kita perlu menegur jika ianya boleh membantu rakyat Malaysia.

PRU 2008

Saat Ini Gomo sedang mengenangkan malam pilihanraya 2008 yang mana Gomo ikuti keputusan pengundian secara langsung melalui berita Awani pada lewat petang itu dikedai mamak. Satu persatu keputusan keluar dan Gomo lihat reaksi orang ramai yang berada disekitar Gomo ada yang bersorak dan ada yang menggelengkan kepala. Parti mana mereka? Gomo tidak tahu kerana waktu itu 2008 Gomo tidak arif untuk berbicara soal politik.

Malam itu gamat lah disana sini bahawa Pembangkang menang besar yang mana waktu itu mereka memberikan kemenangan yang tidak cukup buat kerajaan Barisan Nasional untuk meraih 2/3 daripada kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Pembangkang berjaya mengekalkan Kelantan dan menawan 4 negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perak dan paling mengejutkan Selangor.

Gomo tidak ambil kisah kemenangan besar pembangkang pada malam itu sehinggalah Gomo melintasi 2 buah restoran Cina. Agak kaget Gomo apabila melihat masyarakat Cina yang berada di restoran tersebut bersorak kegembiraan dengan kekalahan besar Barisan Nasional. Gelas bertemu gelas dan pada malam itu Gomo dapat lihat mereka meraikan kemenangan besar Pakatan Pembangkang sehingga larut pagi.


Gomo waktu itu tidak faham apa yang elok dan apa yang tidak elok dengan kekalahan besar Barisan Nasional kerana waktu itu Gomo belum lagi mempunyai Blog melainkan menjadi tukang komen dalam musuh utama iaitu Blog Anwar Ibrahim.

Esoknya seawal pagi lagi Gomo membeli suratkabar Utusan bagi melihat keputusan penuh pilihanraya 2008. Tidak cukup dengan membaca di kedai mamak Gomo pulang ke rumah dan membuat analisa kerana ingin mengetahui mengapa kaum Cina bersorak riang pada malam sebelumnya. Apabila selesai Gomo melihat keputusan pilihanraya 2008 barulah Gomo sedar bahawa parti pembangkang dikuasai oleh kaum Cina yang mana atas sebab sebab tersebutlah mereka meraikan kemenangan besar Pakatan Pembangkang.


5 Ekor Babi Meraikan 5 Negeri Yang berjaya Pakatan Menangi PRU2008

DAP parti Cina manakala PKR juga kuat dengan kemenangan calon Kaum Cina. Melayu dalam PAS dan PKR tidak berjaya mengatasi dominasi kemenangan kaum Cina dalam DAP dan PKR.

Pulau Pinang dikuasai DAP secara total, Perak juga begitu dan ianya juga sama di Selangor yang mana kuasa utama adalah parti DAP. Gomo waktu itu tidak mngetahui latar belakang parti DAP melainkan teringat kata seorang Guru waktu Gomo bersekolah dulu apabila beliau melihat satu bendera DAP dipasang dipagar sekolah

"Pantang nenek moyang aku dengan bendera Rocket ni"

Cikgu Gomo waktu itu terus mencabut bendera DAP dan membakar bendera tersebut dengan mukanya yang bengis.

Kerana teringat apa yang berlaku waktu sekolah lalu dan analisis kemenangan besar DAP pada PRU tahun itu Gomo mencari maklumat apa parti DAP ini? Siapa mereka? Ideologi apa mereka ini?



Serius Gomo katakan apabila Gomo mengetahui sejarah DAP, Gomo jadi marah, memberontak jiwa dan paling teruk waktu itu Gomo tidak senang duduk. DAP adalah serpihan parti PAP yang kini menjadi kerajaan kekal Singapura negeri yang dulunya milik orang Melayu yang kini hanya lambang muka melayu di note dollar mereka dan lagu kebangsaan mereka yang dalam bahasa Melayu sahaja. Warisan Melayu yang lain dicampakkan ke flat flat seluruh Singapura menjadikan Melayu Singapura menumpang dinegeri mereka sendiri.

Paling Gomo berangin satu badan apabila mengetahui yang PAP adalah sayap parti Komunis yang telah membunuh ribuan rakyat Malaya terutama orang Melayu pada waktu getir sebelum kita mencapai kemerdekaan dan selepas kemerdekaan. DAP menyokong Chin Peng ketua Komunis yang kini tinggal di Thailand. Teringat cerita Bukit Kepong yang mana perjuangan demi mempertahankan kedaulatan negara berakhir dengan pembunuhan kejam Komunis yang diketuai Chin Peng.

Hari demi hari berlalu Gomo mengikuti perkembangan politik negara secara berkeseorangan kerana waktu itu Gomo tiada teman politik melainkan berjuang secara berseorangan. Tampa diarah tampa disuruh Gomo bangkit untuk menyedarkan orang Melayu situasi yang mungkin Melayu tidak sedar agenda halus parti DAP ini.



Sejak dari itu sehingga kini Gomo teruskan perjuangan dan hasilnya semakin lama Gomo mempelajari sejarah parti parti ini Gomo lihat satu persatu agenda bangsat DAP dalam menjadikan Malaysia negara republik sepertimana yang berlaku kepada Singapura.

Hari ini 43 juta pembaca yang terdiri dari pelbagai jenis lapisan sama ada agama, bangsa mahupun negara. Ada yang mengatakan Papa Gomo Racist, ada yang menyatakan Papa Gomo lucah, ada juga yang menyatakan Papa Gomo pejuang. Itu semua penilaian masing masing kerana pada Gomo PRU 13 ini tugas Blog Papa Gomo adalah memastikan Barisan Nasional menang dengan majoriti 2/3 serta menyedarkan Melayu agar bersatu sebelum bumi bertuah ini menjadi milik orang.

Melayu penentu kerajaan yang seterusnya, apakah Lim Guan Eng  DAP yang bakal menerajui negara ataupun Melayu Najib Razak UMNO kekal menjadi Perdana Menteri kita. Orang Melayu harus sedar, jika bukan Melayu siapa lagi yang kita nak harapkan menjadi pimpinan kita di bumi Melayu ini. Jangan harapkan Anwar Ibrahim yang juga orang Melayu kerana Anwar Ibrahim lah orang Cina semakin besar kepala sejak tragedi 13 Mei yang lalu.



Psssttt.... Semoga Orang Melayu sedar tugas berat kita mempertahankan hak orang Melayu pada pilihanraya ke 13 ini. Amin....

Undi PKR Bawa Kehancuran Negara
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.




BLOG BN 2013

Saturday, March 23, 2013

PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU TERJADI SEJURUS ANWAR BERJANJI BERI AUTONOMI KEPADA SABAH PADA 16/02/2013


Manila Times : Tentera Bersenjata Kiram Menceroboh Lahad Datu Sejurus Janji Autonomi Anwar


Portal Filipina, manilatimes.net mendedahkan pencerobohan tentera bersenjata ‘Kesultanan Sulu’ ke Lahad Datu bermula sejurus selepas janji Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi kuasa autonomi terhadap Sabah.
“Pencerobohan ini berlaku sejurus bekas pemimpin Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga pemimpinde facto Pakatan Rakyat mencadangkan Sabah akan diberikan autonomi, lapor manilatimes.net dalam tajuk “AFP mum over sultanate’s Sabah intrusion‘ pada 16 Februari 2013.
Portal Filipina itu memetik kata-kata Sultan Sulu dan Sabah, Sultan Muhammad Fuad Kiram I, yang berkata bahawa Malaysia telah menduduki Sabah secara haram.
“Sabah adalah masih harta dan warisan kedaulatan sultan Sulu dan kesultanan diraja Sulu hingga ke hari ini,” katanya dalam laman web Kesultanan Hashimiah diraja Sulu, yang diakses pada http://www.royalsulu. com.
Beliau berkata Kesultanan Sulu menyokong “Sabah bebas dan merdeka yang akan berada di bawah pemerintahan kami dan pewaris serta pengganti kami mengikut undang-undang penggantian sultan Sabah.”
Menurut laman rasmi Anwar, anwaribrahimblog.com pada 12 Februari, Ketua Umum PKR itu mengadakan berdialog bersama anak muda dan profesional di Hotel Megah D Aru, Tanjung Aru dalam forum bertajuk “Kembalikan Autonomi Sabah”.
Selain Anwar, panelis lain yang menyertai forum itu adalah Pengerusi KEADILAN Sabah, Tamrin Jaini, Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Aziz Bari dan peguam rakyat, Ansari Abdullah.
Pada 12 Februari juga satu kumpulan bersenjata dikesan menceroboh dan berpecah di beberapa lokasi di kawasan sungai bakau, sebuah surau dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Kumpulan itu kemudiannya disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada pada 14 Februari sebagai ‘Askar Diraja Kesultanan Sulu’, warga Filipina dari Selatan Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah.
Kumpulan yang mendakwa pewaris Kesultanan Sulu itu diketuai oleh Azzimudie atau Agbimuddin Kiram iaitu adik kepada Sultan Jamalul Kiram III itu dilaporkan telah menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana mendakwa Sabah adalah milik mereka yang diambil oleh pihak British.


SUMBER : AIDC












BLOG BN 2013

Monday, March 4, 2013

PRU13 : Jumlah Pengundi Semasa


13,291,385 Orang Sah Jadi Pengundi PRU-13

Jika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan dalam masa terdekat, jumlah keseluruhan yang layak mengundi ialah seramai 13,291,385 orang.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ini termasuk 243,204 pemilih baharu yang mendaftar pada suku keempat tahun 2012.


Bagaimanapun, beliau berkata mereka yang mendaftar sebagai pemilih pada suku pertama tahun 2013 masih ada harapan untuk mengundi dalam PRU-13 jika Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri dibubar pada hujung April, dan hari pengundian diadakan selepas cukup tempoh 60 hari.

“Sekarang ni dah bulan Februari, paling lewat Dewan Rakyat dibubarkan ialah 30 April. Jadi maknanya, paling lewat SPR akan mengumumkan (PRU-13) dalam tempoh dua bulan, mungkin sampai ke akhir bulan Jun ataupun Julai (hari pengundian),” katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat serta menyerahkan watikah pelantikan pengurus pilihan raya bagi negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang di sini hari ini.

Mengulas pemantau dari luar untuk PRU-13, Abdul Aziz berkata setakat ini, SPR belum menerima sebarang nama, namun menjangkakan pemantau dari negara Asean akan melibatkan diri.

Sementara itu, mengulas desas-desus ramai peserta Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2013 (LIMA 2013) dari luar negara akan menarik diri jika Dewan Rakyat dibubarkan sebelum acara tersebut berlangsung, Abdul Aziz berkata secara peribadi, beliau merasakan tidak ada masalah untuk menganjurkan pameran tersebut sebelum PRU-13.

“LIMA 2013 akan berlangsung selama lima hari pada 26 hingga 30 Mac depan, dan perancangan untuk itu telahpun dibuat sejak dua tahun lepas. Tempoh masa Dewan Rakyat masih ada sehingga 30 April ini,” katanya.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pernah menjadi Menteri Pertahanan, jadi beliau lebih arif berhubung kepentingan pelaburan asing dengan penganjuran LIMA 2013.

Abdul Aziz berkata Perdana Menteri tahu masa yang sesuai untuk membubar Dewan Rakyat dan menganjurkan LIMA 2013.

“Perdana Menteri, dia dah biasa dengan LIMA ni, Perdana Menteri jugalah yang akan menasihati Yang di-Pertuan Agong bila nak bubar Dewan. Pandangan saya tidak mungkinlah (LIMA bertembung dengan PRU-13),” katanya.








BLOG BN 2013

Sunday, February 24, 2013

PM Ambil Alih Tugas Pengarah Pilihanraya BN Selangor Pada PRU13.


PRU13 : PM Ambilalih Tugas Pengarah Pilihan Raya BN Selangor



KUALA LUMPUR 24 fEB - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengambil alih tugas sebagai pengarah pilihan raya Barisan Nasional (BN) Selangor dalam usaha untuk menawan kembali negeri itu daripada pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.
Setiausaha BN Selangor, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar berkata, keputusan itu dibuat semasa mesyuarat pada Sabtu malam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi merangka strategi untuk menawan semula Selangor, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri.
"Barisan kepimpinan negeri mengalu-alukan dan menerima keputusan itu kerana ia adalah sebahagian daripada strategi untuk memenangi semula negeri pakatan.
"Beberapa perkara penting dibincangkan semasa mesyuarat itu termasuk pelantikan Perdana Menteri sebagai pengarah pilihan raya negeri manakala Datuk Seri Mohd Zin Mohamed telah dipilih untuk menjadi timbalannya," katanya dalam satu kenyataannya hari ini.
alt
Tambahnya, BN optimis untuk memenangi lebih banyak kerusi dan mengambil kembali Selangor pada pilihan raya umum nanti.
"Persediaan kami adalah pada tahap yang paling optimum dan kami sudah bersedia untuk menggunakan jentera kami pada bila-bila masa semasa tempoh berkempen," katanya.
Beliau juga menyatakan bahawa simulasi pilihan raya khas untuk jentera akan dijalankan untuk menguji kesediaan pegawai mereka semasa pilihanraya.
"Simulasi akan melibatkan semua pihak yang terlibat sebagai jentera pilihan raya kami dan mereka akan menjadi tulang belakang di sebalik strategi untuk menyebarkan dasar kami dan kempen di peringkat akar umbi," katanya.

Sumber : KL POS









BLOG BN 2013

Friday, February 22, 2013

KONSPIRASI ANWARGATE 1 ( Siri Menjelang PRU13 )


RUNDINGAN ANWAR-NUR MISUARI TERBONGKAR


Salah Satu Banner Yang Dilihat Di Ranau, Anugerah Ditabalkan oleh  PKR Ranau 

ANWAR telah menggunakan hubungan lamanya dengan Nur Misuari, Pengerusi MNLF dan mantan Gabenor Mindanao yang dipecat oleh Kerajaan Filiphina kerana penyelewengan kuasa dan Rasuah. Anwar dan Nur Misuari memiliki banyak persamaan. Kedua-dua mereka pernah memegang jawatan tinggi di tempat masing-masing dan kedua-dua mereka dipecat kerana salah guna kuasa dan kes-kes lain.

Kejayaan DS Najib menjayakan Keamanan kepada Bangsa Moro di Selatan Filipina sangat-sangat menggeramkan Anwar tetapi sangat-sangat menyakiti hati Nur Misuari. Dendam Nur Misuari bermula apabila MILF mengambil alih peranan MNLF di Selatan Filipina.

Semasa Nur Misuari menjadi Gabenor Mindanao, dan Anwar menjadi TPM dan Menteri Kewangan, Anwar telah memberi wang belanja yang sangat banyak kepada Nur Misuari sehingga integriti Nur Misuari tercemar. Nur Misuari mula lupa daratan, bersosial, berglamour dan akhirnya dipecat oleh Kerajaan Filipina.

Orang-Orang Sulu mempunyai ramai keluarga di Pantai Timur Sabah, di persisiran pantai di Tawau, Lahad Datu hingga ke Sandakan. Ramai di kalangan mereka dihantar ke Malaysia (Sabah) ketika perang di negara mereka (Selatan Filipina) dan mereka menjadi Pelarian Perang semasa zaman Marcos dan Estrada. Kedua-dua Presiden ini anti umat Islam di selatan Filipina. Walaupun Anwar pernah menjadi TPM dan bersahabat rapat dengan Presiden yang terkenal dengan kaki minum dan kaki rasuah ini, namun Anwar gagal menghalang Estrada daripada menghantar Tentera Filipina untuk menghapuskan tentera-tentera Islam di Selatan Filipina.

Anwar Masih Membisu Walaupun Rundingan Anwar-Nur Misuari Dihidu Oleh Krew Mymassa dan Media Antarabangsa

MENJELANG PRU13

Anwar telah menghantar beberapa utusan kepada Nur Misuari dan wakil Sultan Sulu di Sabah dan Anwar berjanji akan memberikan beberapa perkara kepada mereka sekiranya dia berkuasa. Putera Raja Kiran dari Kesultanan Sulu ada di Sabah. Beberapa individu Sulu di Sabah dan di Kesultanan Sulu telah mengambil kesempatan atas Tawaran Anwar kepada mereka.

Kenapa Tian Chua dan Nurul Izzah berdiam diri? Mereka adalah antara utusan yang berunding dengan pihak Nur Misuari dan waris Kesultanan Sulu di Sabah, dan menjanjikan banyak perkara. Mymassa adalah pelapor pertama yang mengaitkan Anwar dengan insiden di Lahad Datu. Ianya kemudian disahkan oleh media antarabangsa. Kami mempunyai bukti bahawa Anwar terlibat.

Sistem keselamatan Anwar bukanlah canggih sangat, walaupun Anwar menyewa sistem yang mahal dan bodyguard yang mahal.

Tujuan Anwar mudah. Anwar mahu berlaku tembak-menembak. Anwar mahu melihat Angkatan Tentera Malaysia menembak mati kumpulan tentera kononnya dari Kesultanan Sulu. Malangnya, rundingan cara Malaysia berjaya, tiada tembak-menembak.

Anwar juga telah menghubungi wartawan asing khususnya dari Singapura dan Australi, CNN, AlJazeera, BBC, krew TV dari Singapura. Anda boleh lihat mereka di bandar Lahad Datu sekarang. Namun, rancangan Anwar gagal.

Satu perkara yang menguatkan kita ialah, rakyat Malaysia menentang campurtangan begini. Rakyat Malaysia menentang kehadiran Xenophon MP Bebas dari Australia.

ORANG CINA LAHAD DATU

DI Lahad Datu, khabarnya orang Cina lari dan meninggalkan bandar tersebut. Orang-orang Cina sangat memerlukan bisnes, nyawa, wang dan ekonomi. Angkara Anwar mencaturkan semua ini, orang-orang Cina di Lahad Datu sangat marah kepada Anwar. Bagi mereka, Anwar telah memusnahkan bisnes mereka, menyusahkan hidup mereka, menggadai nyawa mereka dan merosakkan perniagaan mereka.

Nampaknya, Anwar Ibrahim, The New Huguan Siou (ditabalkan oleh PKR Ranau) , salah percaturan di Sabah.

Anwar masih berfikir seperti dulu, iaitu, orang-orang Sabah, YB-YB Sabah senang dibeli, murah dibeli. Betulkah wahai orang-orang Sabah?

SUMBER : http://mymassa.blogspot.com



BLOG BN

'ABANG BESAR - DAP MULA TUNJUK BELANG ??

(BENDERA BARU PR ??)

DAP Cuba Nak Jadi ‘Raja’ Dalam Pakatan Pembangkang.

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Kemelut dan konflik yang berlaku dalam pakatan pembangkang hari ini adalah berpunca daripada sikap kepimpinan DAP, terutamanya Lim Guan Eng dan Karpal Singh yang dilihat menjadi selalu tukang sibuk dan seringkali mencampuri urusan dalaman yang melibatkan parti lain di dalam Pakatan seperti Pas dan PKR.
Ketua UMNO Bahagian Batu Gajah, Datuk Mohd Yusoff Kassim berkata, sikap kepimpinan tertinggi DAP, terutamanya Pengerusi Kebangsaan parti tersebut yang suka masuk campur dan mengkritik kepimpinan parti-parti lain di dalam pakatan, memperlihatkan bahawa beliau langsung tidak menghormati kepimpinan parti lain serta bersikap ingin menjadi ‘Raja’ di dalam Pakatan.
“Sikapnya yang suka masuk campur dan mengkritik secara terbuka keputusan atau pun pendirian kepimpinan parti lain di dalam pakatan menyebabkan kepimpinan Pas dan PKR mula merasa tidak berpuas hati .
“Sebelum ini, beliau lantang mengkritik Pas dalam pelbagai isu, terutamanya yang melibatkan hal-hal agama termasuklah isu kalimah Allah baru-baru ini. Kini, kenyataan beliau dalam kemelut PKR dan DAP Johor juga telah mengguris perasaan kepimpinan PKR Johor sehingga Chua Jui Meng membuat kenyataan terbuka tidak berpuas hati dengan sikap pengerusi kebangsaan DAP itu,” ujar beliau.
Sikap yang diperlihatkan oleh Karpal serta kepimpinan tertinggi DAP itu cukup jelas bahawa parti tersebut cuba untuk menjadi parti yang dominan di dalam pakatan pembangkang dan ini telah menimbulkan kekalutan dalam hubungan DAP bersama Pas dan PKR.
“Saya yakin, ramai ahli di peringkat akar umbi baik di dalam Pas mahupun PKR, tidak suka dan meluat dengan cara kepimpinan DAP yang cuba masuk campur, malah mengkritik apa jua keputusan yang dibuat oleh kepimpinan tertinggi Pas dan PKR.
“Tindakan Karpal yang cuba masuk campur dan mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama Pas dalam isu kalimah Allah baru-baru ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli dan penyokong Melayu di dalam pakatan pembangkang, sedangkan isu tersebut ditimbulkan oleh Setiausaha Agung DAP sendiri,” ujarnya.
Berdasarkan senario itu jelas, bahawa sikap kepimpinan DAP yang suka mencari pasal dengan parti-parti lain dalam pakatan pembangkang membuktikan betapa rapuhnya kesepakatan di dalamnya yang boleh berkecai pada bila-bila masa.
“Saya minta rakyat di negara ini agar menolak pakatan pembangkang yang tidak mempunyai kesepakatan yang baik dan seringkali bertelagah sesama sendiri. Bagaimana untuk  menjadi pemerintah yang dapat mentadbir negara dengan baik, sedangkan setiap parti di dalam gabungan pakatan ini pun lebih mementingkan agenda dan kepentingan parti masing-masing berbanding kepentingan rakyat dan agenda nasional,” soalnya
. – MediaUMNO


BLOG BN

Send Button

Follow Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ANAKNILAI BLOGGERS GROUP - BLOGBN, PMELAYU,ANAKNILAI,KATA DIKOTA JANJI DITEPATI,KMELAYU.

Blog / Fb Activity Feeds

BLOG BN : Fb Recommendation Box

ANAKNILAI BLOGGERS GROUP - Top Blog Feeds

My Headlines 1

My Headlines 2a

My Headlines 3

My Headlines 4