The BLOG BN Message

DEMAM PRU13 2013

DEMAM PRU13 2013
HIDUP BN, HIDUP UMNO, HIDUP MELAYU, HIDUP MALAYSIA.

MANIFESTO #PRU13 BARISAN NASIONAL (BN) - (KLIK GAMBAR UNTUK HELAIAN PENUH MANIFESTO)

MANIFESTO #PRU13 BARISAN NASIONAL (BN) - (KLIK GAMBAR UNTUK HELAIAN PENUH MANIFESTO)
MANIFESTO #PRU13 BARISAN NASIONAL (BN) - (KLIK GAMBAR UNTUK HELAIAN PENUH MANIFESTO) - Akujanji 'Menepati Janji Membawa Harapan'

OPS DAULAT UPDATES

OP DAULAT

OP DAULAT
Operasi Anti Pengganas Kesultanan Sulu
Showing posts with label PM. Show all posts
Showing posts with label PM. Show all posts

Monday, February 25, 2013

PM TIDAK AKAN KORBANKAN MASA DEPAN RAKYAT DEMI UNDI


Tidak jual maruah demi undi

Najib Tun Razak bertanyakan sesuatu kepada Mohamad Hasan ketika melihat model Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Seremban Sentral selepas majlis pelancaran projek berkenaan di Seremban, semalam. Turut kelihatan, Rosmah Mansor dan Jamaluddin Jarjis. 

SEREMBAN 24 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebagai Perdana Menteri, beliau tidak akan menjual maruah kerajaan dan menjanjikan sesuatu yang tidak mungkin ditunaikan.
Katanya, beliau tidak akan korbankan masa depan rakyat dan negara kerana hendakkan undi dalam pilihan raya.

"Kita mesti ada prinsip dalam perjuangan, dalam hidup kita mesti ada prinsip sebab itulah pilihan raya umum bukanlah tentang siapa akan menang tapi destini negara kita...masa depan penentuannya akan kita tentukan tak lama lagi.

"Oleh itu, marilah kita kuatkan semangat, rapatkan barisan, tanam dalam hati bahawa kalau parti menang, masa depan dan hari esok masih ada," katanya pada majlis perjumpaan kepimpinan akar umbi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan di sini hari ini.
Najib yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke negeri ini sebelum itu mendengar taklimat BN negeri.

Turut hadir, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan; Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.
Perdana Menteri berkata, BN perlu berpakat dan mencari formula terbaik sebab kekuatan dalaman adalah amat penting kerana sekiranya BN kalah ini menunjukkan BN tidak bersatu dalam erti kata sebenarnya.

"Oleh itu, kenallah diri sendiri, kekuatan kita, kelemahan kita, kelemahan musuh dan kekuatan musuh...segala kelemahan kita perbaiki, saya yakin dan percaya bumi Negeri Sembilan ini BN akan bertambah lagi kuat," katanya.
Perdana Menteri menambah, sokongan rakyat kepada BN pada hari ini semakin baik sebab rakyat sudah yakin.

"Hak sebelah sana (pembangkang) cakap, janji tapi yang buat kita (BN)...yang laksana BN lah. Senanglah nak janji, sesiapa boleh janji...janji mansuh PTPTN, tol, kurangkan minyak, free ini itu...senang... tidak payah ada kelulusan, siapa pun boleh cakap.

"Tapi pilihan raya memilih kerajaan yang bertanggungjawab, yang boleh bawa kita ke masa depan yang jauh lebih baik, yang menaikkan martabat, maruah bangsa dan negara.
"Inilah kerajaan kita, kerajaan BN. Kita tak tipu rakyat, kita tak menjual atas dasar populis, kita adalah kerajaan yang bertanggungjawab untuk masa depan negara," katanya.

Beliau berkata, rakyat kini semakin yakin dengan kerajaan BN kerana kerajaan memastikan setiap janji termasuk yang diumumkan dalam bajet ditepati.

"Mereka (rakyat) terima BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) RM500 tapi saya diberitahu BR1M 2.0 lebih lagi penerimanya... ada yang salam sampai kucup tangan, ada yang salam kata kali ini saya undi BN. Sebab tu kalau ada pemimpin yang sudah pun cakap celupar, yang telah sasau....saya tak hairan kerana rakyat akan mengadili pemimpin sebegini.

"Saya dah pergi banyak tempat...bila saya salam dengan orang, saya rasa salam macam dia nak sokong saya...tak taulah kalau kena tipu, tapi bila dia salam itu rasa macam betul-betul nak sokong kita.
"Rakyat biasa semua salam, tengok lain macam tapi kalau saya terlepas pandang dia panggil supaya saya salam dia. Ada yang kata I love you dan yang tak pandai bahasa Inggeris pun, orang, wanita kampung ini boleh cakap IM4U," katanya.

Perdana Menteri berkata, sejarah telah membuktikan kalau perubahan itu berlaku berdasarkan dari atas ke bawah dan mendasari kehendak rakyat, perubahan itu memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

"Kita boleh menyingkap sejarah peradaban Jepun misalnya dari atas ke bawah. Kita boleh bagi contoh lain dan yang terkini Arab Spring, belum lagi menampakkan apa yang diharapkan iaitu dividen keberhasilan daripada kejutan tersebut menghampa dan mengecewakan rakyat negara tersebut.

"Sebab itulah transformasi lebih baik daripada reformasi. Reformasi mengajar rakyat berdemonstrasi, akhirnya baling kerusi, tapi transformasi membawa kita kepada kejayaan dan manfaat kepada negara.

"Mereka (pembangkang) mengajar rakyat untuk tunjuk perasaan, buat demonstrasi jalanan, kita (BN) membina sikap rakyat.

"Dia (pembangkang) janji macam-macam, bila kita buat janji, ditepati dan mereka gelisah,..sebab apa, sebab BN janji ditepati...pembangkang janji kosong," katanya. — BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130225/dn_01/Tidak-jual-maruah-demi-undi#ixzz2Ls7Xp4hb
© Utusan Melayu (M) Bhd 










BLOG BN 2013

Sunday, February 24, 2013

PM Ambil Alih Tugas Pengarah Pilihanraya BN Selangor Pada PRU13.


PRU13 : PM Ambilalih Tugas Pengarah Pilihan Raya BN Selangor



KUALA LUMPUR 24 fEB - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengambil alih tugas sebagai pengarah pilihan raya Barisan Nasional (BN) Selangor dalam usaha untuk menawan kembali negeri itu daripada pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.
Setiausaha BN Selangor, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar berkata, keputusan itu dibuat semasa mesyuarat pada Sabtu malam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi merangka strategi untuk menawan semula Selangor, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri.
"Barisan kepimpinan negeri mengalu-alukan dan menerima keputusan itu kerana ia adalah sebahagian daripada strategi untuk memenangi semula negeri pakatan.
"Beberapa perkara penting dibincangkan semasa mesyuarat itu termasuk pelantikan Perdana Menteri sebagai pengarah pilihan raya negeri manakala Datuk Seri Mohd Zin Mohamed telah dipilih untuk menjadi timbalannya," katanya dalam satu kenyataannya hari ini.
alt
Tambahnya, BN optimis untuk memenangi lebih banyak kerusi dan mengambil kembali Selangor pada pilihan raya umum nanti.
"Persediaan kami adalah pada tahap yang paling optimum dan kami sudah bersedia untuk menggunakan jentera kami pada bila-bila masa semasa tempoh berkempen," katanya.
Beliau juga menyatakan bahawa simulasi pilihan raya khas untuk jentera akan dijalankan untuk menguji kesediaan pegawai mereka semasa pilihanraya.
"Simulasi akan melibatkan semua pihak yang terlibat sebagai jentera pilihan raya kami dan mereka akan menjadi tulang belakang di sebalik strategi untuk menyebarkan dasar kami dan kempen di peringkat akar umbi," katanya.

Sumber : KL POS









BLOG BN 2013

Send Button

Follow Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ANAKNILAI BLOGGERS GROUP - BLOGBN, PMELAYU,ANAKNILAI,KATA DIKOTA JANJI DITEPATI,KMELAYU.

Blog / Fb Activity Feeds

BLOG BN : Fb Recommendation Box

ANAKNILAI BLOGGERS GROUP - Top Blog Feeds

My Headlines 1

My Headlines 2a

My Headlines 3

My Headlines 4