The BLOG BN Message

DEMAM PRU13 2013

DEMAM PRU13 2013
HIDUP BN, HIDUP UMNO, HIDUP MELAYU, HIDUP MALAYSIA.

MANIFESTO #PRU13 BARISAN NASIONAL (BN) - (KLIK GAMBAR UNTUK HELAIAN PENUH MANIFESTO)

MANIFESTO #PRU13 BARISAN NASIONAL (BN) - (KLIK GAMBAR UNTUK HELAIAN PENUH MANIFESTO)
MANIFESTO #PRU13 BARISAN NASIONAL (BN) - (KLIK GAMBAR UNTUK HELAIAN PENUH MANIFESTO) - Akujanji 'Menepati Janji Membawa Harapan'

OPS DAULAT UPDATES

OP DAULAT

OP DAULAT
Operasi Anti Pengganas Kesultanan Sulu
Showing posts with label atm. Show all posts
Showing posts with label atm. Show all posts

Tuesday, March 19, 2013

TERKINI !!! LAPURAN SEMASA DARI LAHAD DATU, SABAH, MALAYSIA.


BREAKING NEWS!!!! SIDANG MEDIA TERKINI LAHAD DATU !!!!!
Jam 1130


Kenyataan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Dato' Hamza Taib : -

Keadaan keselamatan di daerah Lahad Datu selamat dan terkawal. 

Operasi pembersihan di kawasan Kg. Tg. Batu masih lagi diteruskan dan dijangkakan akan tamat pada hari ini manakala bagi kawasan Kg. Tanduo dan Sg. Nyamuk, operasi pembersihan telah selesai dijalankan.

4 pertempuran berlaku semalam pada kebih kurang jam 8.05  pagi dan 9.45 pagi, namun tiada kemalangan atau kecederaan di kedua-dua pihak.

Statistik terkini jumlah tangkapan yang disiasat di bawah  Panel Code 130C (Kanun Keseksaan) yang akan di baca bersama Akta SOSMA 2012, adalah seramai 104 tangkapan dengan 3 tangkapan baru pada hari ini di luar kawasan Lahad Datu (Tidak dinyatakan tempat/lokasi) manakala tangkapan di bawah Akta Imigresen seramai 245 orang. Jumlah mayat pengganas yang berjaya dibawa keluar adalah seramai 28 orang dan jumlah pengganas yang ditembak mati seramai 62 orang. Jumlah yang meninggal dunia dari pasukan keselamatan adalah seramai 9 orang tidak termasuk  Allahyarham Mohd Farhan yang meninggal dunia di dalam  suatu kemalangan jalanraya manakala jumlah kecederaan adalah seramai 9 orang.

Manakala Panglima 1 Division, Datuk Mohd Zaki Mokhtar :-

Aset aset jenis Kereta Perisai Berantai telah sampai dan akan digunakan di dalam operasi pembersihan dan penggeledahan tersebut dan akan diteruskan ke Kg, Sg. Bilis dan Tg. Labian selepas operasi di Sg. Nyamuk akan ditamatkan pada hari ini. 10 mayat pengganas juga telah dapat di keluarkan hari ini. Operasi masih diteruskan dengan anggota keselamatan di tahap semangat yang paling tinggi.

Sidang Media tersebut tamat pada 10.40 pagi.  




Sumber : Ehsan PDRM / TV3








BLOG BN 2013

Tuesday, March 5, 2013

OPS SULU UPDATES : POLIS DAN ATM SEDANG MENJALANKAN PROSES MOPPING KE ATAS KAWASAN LAHAD DATU. SETAKAT INI TIADA KECEDERAAN DI PIHAK MALAYSIA.


Polis Percaya Masih Ada Musuh Bersembunyi Di Kampung Tanduo - KPN


LAHAD DATU, 5 Mac (Bernama) -- Polis masih menjalankan operasi susulan dan penggeledahan di Kampung Tanduo, Lahad Datu kerana percaya masih ada musuh di kawasan seluas empat kilometer persegi itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata tindakan susulan selepas serangan ofensif terhadap kumpulan pengganas itu dijalankan secara berhati-hati bagi memastikan keselamatan anggota polis dan tentera.

"Saya tidak mahu melihat anggota pasukan keselamatan menjadi mangsa," katanya pada sidang akhbar di sini Selasa.

Pasukan keselamatan terdiri daripada polis dan tentera melakukan serangan ofensif terhadap pengganas dari Sulu di Kampung Tanduo pada pukul 7 pagi.

Sementara itu, Ismail menafikan laporan media Filipina yang mendakwa kumpulan daripada keluarga Kiram menemui mayat anggota pasukan keselamatan Malaysia dan dakwaan keluarga itu bahawa mayat penceroboh diperlakukan tanpa perikemanusiaan.

"(Kenyataan) itu tidak tepat sama sekali. Saya dukacita dengan laporan itu, sepatutnya mereka merujuk kepada pihak rasmi," katanya.

Beliau berkata laporan seumpama itu adalah satu dakyah yang boleh menggugat ketenteraman awam di Sabah.

SUMBER - BERNAMA









BLOG BN 2013

TERKINI !!! Kenyataan Media Perdana Menteri ( OPS SULU - PENCEROBOHAN PENGGANAS SULU DI SABAH )


Press Releases


By : DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
Venue : PEJABAT PERDANA MENTERI
Date : 05/03/2013
Title : KENYATAAN PERDANA MENTERI ATAS SERANGAN DI LAHAD DATU

Pejabat Perdana Menteri
Sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada Feb 12, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah. Pihak polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius.
Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah. Pada hari Jumaat lepas mereka telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota kita terbunuh, sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna.
Setelah serangan yang pertama, saya telah menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan pihak berkuasa negara ini akan bertindak.
Sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha kita menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia khususnya di Sabah bimbangkan keselamatan mereka.
Kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga marurah dan kedaulatan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat. Pada jam 7pagi ini pasukan keselamatan telah melancarkan serangan di Kampung Tanduo.
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak
Perdana Menteri Malaysia
.








BLOG BN 2013

Sunday, March 3, 2013

❖ PENCERAHAN ISU 'LAHAD DATU' ❖







❖ PENCERAHAN ISU 'LAHAD DATU' ❖ 

Menjawab Isu Pencerobohan dan Mengapa Bukan Tentera...?? 

Persoalan Kenapa polis bukan tentera?

1) Jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Pengganas Sultan SULU.

2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara langsung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.

3) Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada 'Geneva Convention' dan beberapa 'Protocol' Antarabangsa.

Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna..
1) Kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan 'combatant' perang.

2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkataannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza diantara keduanya)

3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduhan di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak dianggap tawanan perang.

4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Site nya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo Bay juga. Susah macam tu.

Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.

Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAL AREA EMERGENCY - LAE (Darurat Setempat) boleh di isytiharkan.

Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu - tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawasan pencerobohannya sahaja. 

Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?

Nota Tambahan. Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah) yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada Yang Di Pertuan Agung. Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai 'combatant' Perang.

Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.

Tiada ada negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom. 

Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Gerat Wall nya sering di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad Datu / Semporna golongan yang tidak mempunyai sempadan).

Hatta Mekah pun pernah di cerobohi oleh bukan Islam. (tidak ada kaitan dengan kes ini sekadar contoh perbandingan bahawa secanggih mana pertahanan pun dengan izinNya bocor juga)

P/S : Pasukan yang terlibat bukan unit biasa. 

Unit komando PDRM ialah attachment a-unit tindakan khas(UTK), 
Attachment b-very able trooper 69(VAT69) dibawah pasukan gerakan khas(PGK).
UTK lebih menyerupai police SWAT,manakala VAT69 lebih kepada peperangan hutan dan gerila.
Komando PGA dikenali sebgai tiger platoon dari 2 Bn PGA...
Komando di bawah ATM adalah gerup gerak khas (GGK) iaitu 21 RGK, 22 RGK,11 RGK dari Tentera darat. PASKAL pula dari TLDM. PASKAU dari TUDM.
Ia tertakluk dlm Majlis Keselamatan Negara (MKN) arahan NO.18.


Pihak keselamatan lebih mengetahui apa yang terbaik dan modus operandi. Sesetengah orang, baru menang game Counter-Strike ada hati nak mengajar pasukan keselamatan pula.


Admin - Terima Kasih di atas info ini.









BLOG BN 2013

Send Button

Follow Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ANAKNILAI BLOGGERS GROUP - BLOGBN, PMELAYU,ANAKNILAI,KATA DIKOTA JANJI DITEPATI,KMELAYU.

Blog / Fb Activity Feeds

BLOG BN : Fb Recommendation Box

ANAKNILAI BLOGGERS GROUP - Top Blog Feeds

My Headlines 1

My Headlines 2a

My Headlines 3

My Headlines 4