The BLOG BN Message

DEMAM PRU13 2013

DEMAM PRU13 2013
HIDUP BN, HIDUP UMNO, HIDUP MELAYU, HIDUP MALAYSIA.

MANIFESTO #PRU13 BARISAN NASIONAL (BN) - (KLIK GAMBAR UNTUK HELAIAN PENUH MANIFESTO)

MANIFESTO #PRU13 BARISAN NASIONAL (BN) - (KLIK GAMBAR UNTUK HELAIAN PENUH MANIFESTO)
MANIFESTO #PRU13 BARISAN NASIONAL (BN) - (KLIK GAMBAR UNTUK HELAIAN PENUH MANIFESTO) - Akujanji 'Menepati Janji Membawa Harapan'

OPS DAULAT UPDATES

OP DAULAT

OP DAULAT
Operasi Anti Pengganas Kesultanan Sulu
Showing posts with label SABAH. Show all posts
Showing posts with label SABAH. Show all posts

Tuesday, March 26, 2013

LIMA 2013 DIRASMIKAN OLEH YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA, DATO' SRI MOHD NAJIB TUN RAZAK


Najib Rasmi LIMA 2013, Kesal Pencerobohan Pengganas Di Sabah

imageLANGKAWI – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan satu daripada pameran pertahanan terkemuka dunia dan menyatakan rasa kesalnya bahawa beliau terpaksa melakukannya di bawah mendung suasana pencerobohan pengganas di Sabah.
“Ini pertama kali pasukan keselamatan dikerah bertugas di bumi Malaysia sendiri sejak 1989,” katanya semasa merasmikan Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi (LIMA 2013) di sini.
Tahun 1989 menyaksikan Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia lantas menamatkan ancaman pengganas komunis di negara ini.
Berkongsi rasa dengan para perwakilan dan pegawai tentera negara ini dan luar negara di LIMA 2013, Najib berkata beliau pernah berkhidmat sebagai menteri pertahanan, sebagai timbalan perdana menteri dan kini perdana menteri dan telah berucap pada pameran ini dan yang serupa dengannya, tetapi ini pertama kali beliau menyampaikan ucapan sebegini ketika negara menghadapi ancaman pengganas Sulu di Sabah.
Sejak enam minggu lalu insiden itu telah menjadi ancaman keselamatan terbesar negara sejak berakhirnya pemberontakan komunis, katanya.
Beliau berkata keputusan-keputusan itu memang sukar dibuat kerana melibatkan kemungkinan kehilangan nyawa dan penghantaran sumber negara tetapi “ia tidak mencukupi untuk mempersiapkan kita berdepan dengan situasi seperti yang berlaku di Sabah.”
“Apa yang sepatutnya cuma langkah berkawal bertukar menjadi operasi dengan anggota pasukan keselamatan masing-masing komited dalam usaha melindungi kedaulatan negara,” katanya.
Perdana menteri mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada mereka yang berkhidmat di Sabah, yang menggunakan kemahiran dan profesionalisme mereka untuk menamatkan apa yang disifatkannnya boleh menjadi peristiwa diplomatik.
“Saya menggesa anggota tentera lelaki dan dan wanita yang kini bertugas di Sabah supaya sentiasa bersiap siaga dan berwaspada. Doa kami sentiasa mengiringi anda semua.
Pengorbanan anggota keselamatan negara dalam memerangi penceroboh bersenjata ini amat tidak ternilai harganya,” katanya.
Najib berkata adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan anggota keselamatan diberikan kelengkapan terbaik yang termampu diberikan negara dan bagi membuktikan nyawa anggota yang terkorban dalam melindungi kedaulatan negara tidak gugur dengan sia-sia.
“Saya ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan penghargaan terhadap wira kami yang gugur daripada pasukan polis dan tentera yang telah menggadai nyawa dalam menunaikan tugas dan tangggungjawab terhadap negara, serta dalam memastikan keselamatan Malaysia terpelihara. Anda tidak akan dilupai,” katanya.
Mengenai LIMA 2013, Najib berkata program pemodenan ketenteraan terus merangsang perbelanjaan dalam Asean.
“Pemerolehan kapal dan pesawat, pesawat pengesan dan kenderaan perisai akan terus menjadi fokus pemerolehan di rantau ini dan dijangka membentuk perbelanjaan utama pemerolehan pertahanan sehingga 2020.
“Menurut (penerbitan pertahanan) Jane’s, negara-negara Asia Tenggara meningkatkan perbelanjaan pertahanan mereka sebanyak 13.5 peratus tahun lepas dan buat pertama kali perbelanjaan ketenteraan Asia melebihi yang dirancang Eropah,” katanya.
Najib berkata berlatarbelakangkan ini, LIMA 2013 bakal menjadi pintu masuk bagi pasaran bertenaga ini. – Bernama









BLOG BN 2013

Saturday, March 23, 2013

PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU TERJADI SEJURUS ANWAR BERJANJI BERI AUTONOMI KEPADA SABAH PADA 16/02/2013


Manila Times : Tentera Bersenjata Kiram Menceroboh Lahad Datu Sejurus Janji Autonomi Anwar


Portal Filipina, manilatimes.net mendedahkan pencerobohan tentera bersenjata ‘Kesultanan Sulu’ ke Lahad Datu bermula sejurus selepas janji Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi kuasa autonomi terhadap Sabah.
“Pencerobohan ini berlaku sejurus bekas pemimpin Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga pemimpinde facto Pakatan Rakyat mencadangkan Sabah akan diberikan autonomi, lapor manilatimes.net dalam tajuk “AFP mum over sultanate’s Sabah intrusion‘ pada 16 Februari 2013.
Portal Filipina itu memetik kata-kata Sultan Sulu dan Sabah, Sultan Muhammad Fuad Kiram I, yang berkata bahawa Malaysia telah menduduki Sabah secara haram.
“Sabah adalah masih harta dan warisan kedaulatan sultan Sulu dan kesultanan diraja Sulu hingga ke hari ini,” katanya dalam laman web Kesultanan Hashimiah diraja Sulu, yang diakses pada http://www.royalsulu. com.
Beliau berkata Kesultanan Sulu menyokong “Sabah bebas dan merdeka yang akan berada di bawah pemerintahan kami dan pewaris serta pengganti kami mengikut undang-undang penggantian sultan Sabah.”
Menurut laman rasmi Anwar, anwaribrahimblog.com pada 12 Februari, Ketua Umum PKR itu mengadakan berdialog bersama anak muda dan profesional di Hotel Megah D Aru, Tanjung Aru dalam forum bertajuk “Kembalikan Autonomi Sabah”.
Selain Anwar, panelis lain yang menyertai forum itu adalah Pengerusi KEADILAN Sabah, Tamrin Jaini, Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Aziz Bari dan peguam rakyat, Ansari Abdullah.
Pada 12 Februari juga satu kumpulan bersenjata dikesan menceroboh dan berpecah di beberapa lokasi di kawasan sungai bakau, sebuah surau dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Kumpulan itu kemudiannya disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada pada 14 Februari sebagai ‘Askar Diraja Kesultanan Sulu’, warga Filipina dari Selatan Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah.
Kumpulan yang mendakwa pewaris Kesultanan Sulu itu diketuai oleh Azzimudie atau Agbimuddin Kiram iaitu adik kepada Sultan Jamalul Kiram III itu dilaporkan telah menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana mendakwa Sabah adalah milik mereka yang diambil oleh pihak British.


SUMBER : AIDC












BLOG BN 2013

Tuesday, March 19, 2013

TERKINI !!! LAPURAN SEMASA DARI LAHAD DATU, SABAH, MALAYSIA.


BREAKING NEWS!!!! SIDANG MEDIA TERKINI LAHAD DATU !!!!!
Jam 1130


Kenyataan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Dato' Hamza Taib : -

Keadaan keselamatan di daerah Lahad Datu selamat dan terkawal. 

Operasi pembersihan di kawasan Kg. Tg. Batu masih lagi diteruskan dan dijangkakan akan tamat pada hari ini manakala bagi kawasan Kg. Tanduo dan Sg. Nyamuk, operasi pembersihan telah selesai dijalankan.

4 pertempuran berlaku semalam pada kebih kurang jam 8.05  pagi dan 9.45 pagi, namun tiada kemalangan atau kecederaan di kedua-dua pihak.

Statistik terkini jumlah tangkapan yang disiasat di bawah  Panel Code 130C (Kanun Keseksaan) yang akan di baca bersama Akta SOSMA 2012, adalah seramai 104 tangkapan dengan 3 tangkapan baru pada hari ini di luar kawasan Lahad Datu (Tidak dinyatakan tempat/lokasi) manakala tangkapan di bawah Akta Imigresen seramai 245 orang. Jumlah mayat pengganas yang berjaya dibawa keluar adalah seramai 28 orang dan jumlah pengganas yang ditembak mati seramai 62 orang. Jumlah yang meninggal dunia dari pasukan keselamatan adalah seramai 9 orang tidak termasuk  Allahyarham Mohd Farhan yang meninggal dunia di dalam  suatu kemalangan jalanraya manakala jumlah kecederaan adalah seramai 9 orang.

Manakala Panglima 1 Division, Datuk Mohd Zaki Mokhtar :-

Aset aset jenis Kereta Perisai Berantai telah sampai dan akan digunakan di dalam operasi pembersihan dan penggeledahan tersebut dan akan diteruskan ke Kg, Sg. Bilis dan Tg. Labian selepas operasi di Sg. Nyamuk akan ditamatkan pada hari ini. 10 mayat pengganas juga telah dapat di keluarkan hari ini. Operasi masih diteruskan dengan anggota keselamatan di tahap semangat yang paling tinggi.

Sidang Media tersebut tamat pada 10.40 pagi.  




Sumber : Ehsan PDRM / TV3








BLOG BN 2013

Sunday, March 17, 2013

OPS DAULAT - LATEST UPDATES !!! THE SABAH INTRUSION IN LAHAD DATU 2013

Sumpah Ba'iah Demi Agama, Bangsa dan Negara


Lapuran Terkini Mingguan Malaysia 17 /03/ 2013

Dr. Mahathir mencadangkan penubuhan
Suruhannjaya Diraja untuk siasatan penuh
Pencerobohan di Lahad Datu Sabah.

Lapuran Muka depan Mingguan Malaysia 17/03/2013

Raja Muda Azzumuddin sudah lari ke Filipina ?? Kenyataan oleh Jaycel Kiram lll yang tidak dapat disahkan kesahihannya.......  

Siasatan secara Diplomatik diantara Malaysia-Filipina sedang
dijalankan termasuk mengekstradisi Sultan Jamalul Kiram lll ke Malaysia





Keadaan di Kg Tanduo dengan Peluru bertaburan di jalanraya






Sumbangan Yayasan Pelajaran Cheras sebanyak RM236,508.36
ke Tabung Wira Lahad Datu TV3


Berjaya Group menyumbang RM 100,000.00 

Sumbangan oleh Yayasan Pencegahan Jenayah



Kenyataan media oleh Pesuruhjaya Polis Sabah Dato' 
Hamza Taib 

Naib Pengerusi SPR - Pemerhati Pengundian di PRU13
Kenyataan Media oleh Konsul Kedutaan Indonesia yang 
mengambil berat ke atas pekerja2 Indonesia di kawasan 
panas.  





Keadaan di Kg. Tanduo selepas tragedi







Dato' Hamza bersama Dato' Zaki Panglima 1 Division ATM





Terkini !! Seorang pengganas Sulu telah ditembak mati pagi tadi
di Sg. Nyamuk ( Kenyataan 1.30pm)

TERKINI !!!

ADMIN AKAN CUBA MENGEMASKINI BERITA MUKTAHIR DARI ZON MERAH DI LAHAD DATU DAN SEMPORNA DI DALAM KAWASAN ESSCOM IAITU SEPANJANG 1.400 KM DI SEPANJANG PANTAI TIMUR NEGERI SABAH.

SETAKAT PKL 4.00 PTG TADI ( 17/03/2013), JUMLAH PENGGANAS YANG DITEMBAK MATI : 62 ORANG, TANGKAPAN KE ATAS SUSPEK DI BAWAH AKTA 130C 7 SOSMA : 104 ORANG & 232 SUSPEK DI BAWAH  AKTA2 LAIN DALAM PELBAGAI KESALAHAN LAIN YANG BERSANGKUTAN DENGAN 'STAND-OFF' INI.

updated 4.50PM 17/03/2013












BLOG BN 2013

Friday, March 15, 2013

MNLF TIDAK IKTIRAF NUR MISUARI : KUTUK PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU, SABAH


MNLF kutuk penceroboh Sulu, jelaskan status Nur Misuari


 

Pengerusi MNLF, Muslimin Sema 

(Agenda Daily) - Siasatan yang dibuat anggota jawatankuasa pusat di Tawi-Tawi dan Sulu mendapati tidak ada anggota MNLF yang terlibat dalam pencerobohan di Sabah. Kami tidak terlibat dalam apa jua bentuk keganasan"

Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) mengutuk keras keganasan yang dilakukan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna di Sabah, kata pengerusinya Muslimin Sema (gambar) Khamis.

Muslimin, yang dilantik sebagai pengerusi badan pembuat keputusan tertinggi pertubuhan itu, Jawatankuasa Pusat MNLF, pada 2008, berkata Nur Misuari hanya seorang anggota biasa jawatankuasa itu dan tidak mempunyai pengaruh dalam MNLF.

MNLF, katanya, menganggap rakyat Sabah dan Malaysia sebagai saudara mereka.

"Kami (MNLF) tidak menyokong apa yang sedang berlaku di Sabah (pencerobohan dan tindakan pengganas). Kami menolaknya. Kejadian di Sabah dicetuskan untuk memecahbelahkan sesama kita.
"Ia juga dilakukan untuk memutuskan ikatan antara Sabah dan selatan Filipina dan antara Malaysia dan Filipina. Mereka ingin memusnahkan ikatan itu (antara rakyat)," katanya dalam temu bual ekslusif dengan Bernama melalui telefon dari Manila.

Dua hari lepas, Malaysia menggunakan jet pejuang, tentera darat dan kenderaan pengangkut tentera berperisai untuk menggempur penceroboh bersenjata yang bersembunyi di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Operasi yang menggabungkan pasukan polis dan tentera dikenali sebagai "Op Daulat" itu berterusan hingga kini.

Pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan pengganas di Lahad Datu dan Semporna meragut nyawa lapan anggota polis dan sekurang-kurangnya 52 pengganas.

Diminta mengulas tentang kenyataan Misuari baru-baru ini bahawa MNLF bersedia menghantar pejuang bersenjatanya ke Sabah untuk membantu pengganas Sulu, Muslimin berkata beliau kecewa dengan kenyataan bekas pemimpin MNLF itu.

"Beliau tidak sepatutnya membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu. Saya sedih kerana tidak dapat menyekatnya daripada membuat kenyataan itu. Sabah dan Malaysia bukan musuh kami," katanya.

Read more at:
http://agendadaily.com/Luar-Negara/mnlf-kutuk-penceroboh-sulu-jelaskan-status-nur-misuari.html


Admin : SUDAH TERANG LAGI BERSULUH.........







BLOG BN 2013

Thursday, March 14, 2013

TERKINI !!! VIDEO KETUA PENCEROBOH JENDERAL MUSA @ Komander Musa Bersama Tali Barut Tempatan Sebelum 'Perang' Berhampiran Kg. Tg. Batu, Lahad Datu, Sabah.


VIDEO PENCEROBOH JENERAL MUSA BERSAMA TALI BARUT DI LAHAD DATU,  SABAH TERSEBAR!!


Klip video ini didakwa menunjukkan Jeneral Musa, ketua nombor dua  penceroboh di Lahad Datu bersama seorang tali barut warga tempatan.




Lelaki yang menerima topi dari Haji Musa adalah antara mereka yang bertemu Jeneral Musa sewaktu pasukan pengganas mula-mula mendarat di Kampung Tanduo, tidak jauh dari Kampung Tanjung Batu. Di antara kenyataan sumber yang mengeluarkan klip video ini :


Video Jeneral Hj. Musa yg mengetuai ketenteraan sultan sulu, diprcayai terbunuh dalam serangan manakala lelaki yg menerima topi daripada Hj. Musa merupakan "Tali Barut" pengganas. 


Video ini terperolehi dari salah seorang pengganas yg berjaya dibunuh. kedengaran dalam perbualan mereka ada menyebut "LAHAD DATU"... Dipercayai rakaman ini dibuat sebelum berlakunya peperangan.


Lihat klip video di bawah :



URL    :  

https://www.facebook.com/photo.phpv=386402211457872 

Embed : 

<iframe src="https://www.facebook.com/video/embed?video_id=386402211457872" width="320" height="240" frameborder="0"></iframe>


Laporan Bernama mengatakan bahawa 'Jeneral' Musa telah terbunuh ini kerana hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Lahad Datu bersama 15 lagi mayat pengganas lain.


Ketua Forensik Ops Daulat Superintendan Hussein Omar Khan mengesahkan salah satu dari 16 mayat itu ialah Komander Musa atau dikenali juga sebagai Haji Musa.


Hussein berkata, identiti Komander Musa yang berusia lingkungan 50-an dikenal pasti hasil bedah siasat dilakukan di Hospital Lahad Datu bersama 15 lagi mayat pengganas lain.


Bagaimana pun terdapat laporan yang mengatakan bahawa keluarga Kiram telah menafikan kenyataan pasukan Malaysia telah membunuh “Komander Haji Musa” yang juga bekas komander Moro National Liberation Front (MNLF) yang merupakan salah seorang pemimpin tertinggi militan Sulu.


Tetapi kenyataan keluarga Kiram itu memang telah dijangka kerana kematian 'Jeneral' Musa itu sudah pasti akan menjatuhkan moral saki-baki penceroboh-penceroboh yang masih berada di Sabah.
Anda baca juga jawapan kepada konspirasi pencerobohan di Sabah : KLIK SINI

SOURCE : DR MIM BLOGhttp://novandri.blogspot.com/2013/03/gempar-video-penceroboh-jeneral-musa.html?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed

Admin : TKasih Bro utk. Info






BLOG BN 2013

Rujukan fb :-

Pengganas di Tanduo, yang mengaku sebagai 


askar kesultanan Sulu


URL : https://www.facebook.com/photo.phpv=386402211457872 



Jeneral Hj. Musa yg mengetuai ketenteraan sultan sulu, diprcayai terbunuh dalam serangan manakala lelaki yg menerima topi daripada hj.musa merupakan "Tali Barut" pengganas.. Video ini terperolehi dari salah seorang pengganas yg berjaya dibunuh. kedengaran dalam perbualan mereka ada menyebut "LAHAD DATU"... Dipercayai rakaman ini dibuat sebelum berlakunya peperangan
.

Send Button

Follow Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ANAKNILAI BLOGGERS GROUP - BLOGBN, PMELAYU,ANAKNILAI,KATA DIKOTA JANJI DITEPATI,KMELAYU.

Blog / Fb Activity Feeds

BLOG BN : Fb Recommendation Box

ANAKNILAI BLOGGERS GROUP - Top Blog Feeds

My Headlines 1

My Headlines 2a

My Headlines 3

My Headlines 4