The BLOG BN Message

DEMAM PRU13 2013

DEMAM PRU13 2013
HIDUP BN, HIDUP UMNO, HIDUP MELAYU, HIDUP MALAYSIA.

MANIFESTO #PRU13 BARISAN NASIONAL (BN) - (KLIK GAMBAR UNTUK HELAIAN PENUH MANIFESTO)

MANIFESTO #PRU13 BARISAN NASIONAL (BN) - (KLIK GAMBAR UNTUK HELAIAN PENUH MANIFESTO)
MANIFESTO #PRU13 BARISAN NASIONAL (BN) - (KLIK GAMBAR UNTUK HELAIAN PENUH MANIFESTO) - Akujanji 'Menepati Janji Membawa Harapan'

OPS DAULAT UPDATES

OP DAULAT

OP DAULAT
Operasi Anti Pengganas Kesultanan Sulu
Showing posts with label SABAH UNDER ATTACK. Show all posts
Showing posts with label SABAH UNDER ATTACK. Show all posts

Tuesday, March 5, 2013

TERKINI !!! JENAZAH PAHLAWAN TANAHAIR DISEMADIKAN.


MOHD. Najib Tun Razak (empat dari kiri) dan Rosmah Mansor (lima dari kiri) bersama Muhyiddin Yassin (tiga dari kiri) dan Mahathir Mohamad (dua dari kiri) memberi penghormatan terakhir kepada Supritendan Ibrahim Lebar yang terkorban dalam serangan hendap di Semporna, Sabah apabila jenazah tiba di Subang, Kuala Lumpur hari ini. - BERNAMA



Jenazah wira-wira negara selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 4 Mac - Jenazah enam pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam serangan hendap di Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna, tiba dan dikebumikan di kawasan kediaman masing-masing hari ini.

Jenazah Supritendan Ibrahim Lebar, 52, dan jenazah Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran, 27, tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada pukul 6.35 petang.

Suasana pilu menyelubungi pangkalan TUDM itu apabila anggota keluarga tidak dapat mengawal kesedihan melihat ketibaan jenazah yang dibawa dengan pesawat tentera C-130 itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor hadir bersama-sama Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar serta ratusan pegawai dan anggota polis bagi memberi penghormatan terakhir kepada dua wira negara itu.

Turut hadir isteri Sultan Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah; Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Ibrahim dari Cawangan Khas Bukit Aman dan Mohd Azrul dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau ialah antara enam pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam kejadian serang hendap oleh kumpulan bersenjata di perkampungan atas air itu kira-kira pukul 8 malam, Sabtu lepas.

Empat lagi yang terkorban ialah Asisten Supritendan (ASP) Michael Padel dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna, Sarjan Detektif Baharin Hamid dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Sarjan Abd. Azis Sarikun dari PGA Tawau dan Koperal Salam Tongiran (IPD Tawau).

Jenazah Ibrahim dibawa ke kediamannya di No. 45 Jalan USJ 9/5F, Subang Jaya dan dikebumikan di tanah perkuburan USJ 22, Subang Jaya malam ini manakala jenazah Mohd. Azrul dibawa ke kediaman keluarganya di Lot 6278/2461 Jalan Telok Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang untuk dikebumikan malam ini.

Perkarangan pangkalan TUDM dibanjiri anggota keluarga pegawai dan anggota polis itu sejak jam 4.30 petang.

Di KUCHING, mayat mendiang ASP Michael Padel Sano tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa (LTAB) Kuching pada pukul 5.30 petang.

Turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada wira negara itu ialah Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Mayat mendiang dibawa pulang ke Kampung Bidayuh, Tembakang di Serian dan akan dikebumikan di Makam Pahlawan Sarawak di Kuching pada Rabu.

Di KOTA KINABALU, jenazah Baharin tiba di Lapangan Terbang Terminal 2, Kota Kinabalu, Sabah pada pukul 2 petang.

Di SEMPORNA, jenazah Abd Azis yang tiba dengan van jenazah di Surau IPD Semporna pada pukul 9.30 pagi, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 2, Jalan Bunga Raya di sini selepas solat Zohor.

Jenazah Salam pula disembahyangkan di Surau IPD Tawau dan dikebumikan di Tanah perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas Tawau, Sabah pada pukul 10.15 pagi ini. - BERNAMA

SUMBER :


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130304/dn_55/Jenazah-wira-wira-negara-selamat-dikebumikan#ixzz2MbIaExhT
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Admin

Bersatu Dalam Isu Pencerobohan di Lahat Datu. 

Dalam isu ini terdapat perbagai versi dan cerita yang saya dengar. Paling malang dan sedih ada yang mengatakan ini sandiwara. Sandiwara apa lagi hingga melibatkan kematian pasukan keselamatan kita. Mereka itu menceroboh Malaysia, dan ia adalah musuh kita. Walaupun mereka ada saudara mara di sabah, tapi mereka menuntut Sabah sebagai negara mereka.
Persoalannya layakkah mereka.Setelah Sabah dan rakyatnya bersetuju menyertai Malaysia, maka Sabah adalah hak kita, tanah air kita yang harus di pertahankan. Kita sepatutnya bersatu , jangan ada suara yang menuduh yang bukan bukan pada Kerajaan dan pasukan Polis dan ATM, Pasukan ini bersabung nyawa mempertahankan kedautan Malaysia.
Sepatutnya kita bersuara bagaimana mepertahankan Sabah, Sabah adalah sebahagian Malaysia. Jangan kita menuduh pihak itu dan pihak ini bersalah, kita kena senada bila Malaysia di ceroboh, bila ada masalah macam ini masih ada suara sumbang dan negatif mengutuk pihak berkuasa, sedangkan mereka tak tentu makan dan tidur mengawasi keadaan.
ADMIN  - BERSATU MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN MALAYSIA
 






BLOG BN 2013

BERITA TERKINI !!! SABAH DISERANG TENTERA PAKATAN HARAM ??

LATEST HITS - SABAH UNDER ATTACK !!


utusan malaysia - isnin 04/03/2013


< 4 MARCH 2013 >

11:00 MLM : 6 Anggota Polis Terkorban di Semporna Dinaikkan Pangkat >> KLIK SINI 

10:50 MLM : Penduduk Alih Mayat Penceroboh >> KLIK SINI

6:45 PTG : PALSU! 500 Tentera Sulu Mendarat >> KLIK SINI

5:04 PTG : AMARAN! Zon Merah Telah Diistihar! >> KLIK SINI

4:50 PTG : 3 Jenazah Telah Diuruskan >> KLIK SINI 

3:00 PTG:  9 Foto Ketibaan Jenazah Wira di TUDM Subang >> KLIK SINI

2:58 PTG : Gambar & Maklumat Penuh 6 Anggota Yang Terkorban di Semporna >> KLIK SINI

2:10 PTG :  [GAMBAR] 2 Menteri Tiba Di Lahad Datu >> KLIK SINI

1:48 PTG : Maklumat Penghantaran Pulang 6 Anggota Yang Terkorban >> KLIK SINI

4:32 PAGI : Senarai penuh nama 6 Anggota Polis yang terkorban. >> KLIK SINI

1:45 PAGI : Perintah Eksekutif Dikeluarkan! ATM Ambilalih. >> KLIK SINI


< 3 MARCH 2013 >

10: 34 MLM : SAH! 1 Anggota Lagi Terkorban, Menjadikan 8 Korban Setakat Ini >> KLIK SINI

10:16 MLM : TERKINI! Gambar Penjenayah Sulu Yang Mati DiTangan Penduduk >> KLIK SINI

3:53 PTG : Penceroboh M16 Mati Dipukul Penduduk >> KLIK SINI

1:50 PTG : Polis Tahan 3 Penceroboh di Lahad Datu >> KLIK SINI

1:15 PTG : 10 Peceroboh, 3 Bersenjata Kini Masuk Kunak,Sabah >> KLIK SINI

12:52 T/HARI : KPN Sahkan 5 Anggota,2 Penjenayah Terkorban di Semporna >> KLIK SINI

12:28 T/HARI : 18 Gambar Pengebumian ASP Zulkifli >> KLIK SINI

12:15 T/HARI : SAH! 2 Polis Mati Dalam Serangan Hendap >> KLIK SINI

9:00 PAGI : 35 Gambar Majlis Pengebumian Sarjan Sabaruddin >> KLIK SINI

1:43 PAGI : SAH! 1 Anggota Polis Mati Diserang >> KLIK SINI


< 2 MARCH 2013 >

10:55 MLM : SAH! 2 Polis Cedera Diserang! >> KLIK SINI

10:27 MLM : Semporna Kini Diserang? >> KLIK SINI

9:51 MLM : Gambar Penuh Upacara Penghormatan Terakhir >> KLIK SINI

9:30 MLM : 2 Wira Negara Naik Pangkat >> KLIK SINI

10:11 PAGI : Najib Sedih Komando Terkorban >> KLIK SINI

9:01 PAGI : TERKINI: Kronologi Penuh >> KLIK SINI

8:51 PAGI : Anwar Dalang Utama? >> KLIK SINI

8:24 PAGI : Insp Zulkifli Minat Kerja Beruniform - Mak Allahyarham >> KLIK SINI

7:53 PAGI : Wira Negara Sampai Pagi Nie >> KLIK SINI


< 1 MARCH 2013 >

9:30 MLM : "Papa Kena Bom" - Anak Allahyarham >> KLIK SINI

9:12 MLM : Gambar Allahyarham Sarjan Sabaruddin Daud >> KLIK SINI

8:07 MLM : Jenazah Syuhada Diterbangkan Malam Nie >> KLIK SINI

7:09 MLM : PM Beri 'Green Light' Kepada PDRM & ATM >> KLIK SINI

6:56 PTG : SEBAK! SMS Terakhir Anggota Syahid >> KLIK SINI

6:28 PTG : Perintah Berkurung Kini Berkuatkuasa >> KLIK SINI

5:55 PTG : Senarai Penuh Anggota Syahid & Cedera >> KLIK SINI

5:21 PTG : Wajah Sebenar Anggota Yang Mati Syahid >> KLIK SINI

5:08 PTG : RASMI! Amaran Keselamatan Telah Dikeluarkan >> KLIK SINI

3:06 PTG : Al-Fatihah, 2 Anggota Unit Komando 69 Meninggal Dunia >> KLIK SINI

















BLOG BN 2013

Sunday, March 3, 2013

SABAH UNDER ATTACK !! Beware of intruder - Sabahan Warned.


Penceroboh Sulu sudah merebak ?....TERBARU seorang lagi anggota polis terbunuh di Semporna.


lahad1xxKalau nak buat andaian berdasarkan kejadian serangan terbaru Sabtu malam nampak macam kehadiran pergerakan penceroboh bersenjata Sulu yang sebelum ini terkepung di Lahad Datu sudah merebak  ke kawasan Semporna pula.
Ini ekoran kejadian tembak menembak yang berlaku pada jam 8 malam di Kampong Selamat,Semporna yang terletak kira-kira 150 kilomiter dari Kampong Tanduo,Felda Sababat,Lahad Datu dimana berlaku serangan pagi Jumaat.

Lewat Sabtu malam Bernama melaporkan seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban dalan pertempuran dengan sekumpulan penceroboh di Kampung Selamat, Semporna.

Ia memetik sumber sebagai memberitahu dalam kejadian itu seorang lagi anggota keselamatan turut cedera.


lahad-map1xx
PETA PETUNJUK JARAK KIRA-KIRA 150 KM ANTARA KAMPONG TANDUO, FELDA SAHABAT DI LAHAD DATU DENGAN KEJADIAN TERBARU DI SEMPORNA.

AWAL PAGI AHAD - 

Ketua Polis Sabah Datuk Datuk Hamza Taib mengesahkan seorang anggota polis terbunuh dan dua lagi cedera akibat diserang hendap di Kampong Siminul semasa hendak membuat pemeriksaan keatas sekumpulan lelaki dipercayai penyokong kumpulan penceroboh yang terkepung di Lahad Datu.

Katanya kejadian berlaku sekitar 7 malam.
 
Ada sikit kekeliruan tentang lokasi kejadian samada Kampong Selamat ( ikut laporan Bernama)  atau Kampung Sri Jaya Siminul di Semporna itu ..

Sebelum itu satu kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar di laman facebook PDRM menjelang tengah malam mengesahkan berlaku kejadian tembak-menembak di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna, Sabah, kira-kira pukul 7.30 malam.

BERIKUT IALAH KENYATAAN BELIAU : LAHAD DATU - KENYATAAN KETUA POLIS NEGARA
YDH Tan Sri Datuk Seri Ismail bin Tan Sri Omar mengesahkan bahawa telah berlaku satu kejadian tembak menembak susulan daripada pemeriksaan oleh pihak polis ke atas sebuah premis di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna, Sabah, kira-kira jam 7.30 mlm tadi.
Pemeriksaan tersebut bertujuan mengesahkan penglibatan kejadian pencerobohan di Lahad Datu. Setakat ini, pihak polis masih belum dapat mengesahkan jumlah mereka yang terlibat dalam kejadian terbabit. Bagaimanapun jumlah yang terlibat dipercayai tidak melebihi 10 orang.
Dalam kejadian tembak menembak ini, beberapa anggota polis dilaporkan tercedera. Butiran terperinci akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Lebih awal Sabtu malam, Ketua Polis Sabah Datuk Hamzah Taib mengesahkan ada kejadian tembak menembak di Kampong Simunal tetapi ketika itu menafikan ia ada kaitan dengan kes pencerobohan di Lahad Datu.

Menurut beliau kejadian berlaku semasa anggota polis pergi membuat pemeriksaan mengena laporan ada orang memiliki senjata di situ.

Beliau juga menolak khabar angin ada serangan keatas balai polis di Lahad Datu.

Sementara itu ikut cakap-cakap yang berlegar ada kemungkinan kumpulan penceroboh Sulu sudah menyusup masuk ke beberapa bahagian sekitar Lahad Datu, Semporna dan Tawau.

Ini kerana lokasi daerah itu tidak jauh dipisahkan dengan lautan dengan sebilangan kepulauan di Selatan Filipina.

Lagi pun agak sukar untuk kenal mereka kerana paras rupa agak sama dengan penduduk tempatan



Admin -   Nampaknya keadaan tidak akan reda selagi situasi ini tidak dikawal secara bersepadu bersama ATM agar dapat PDRM bekerjasama membenteraskan anasir dari luar ini agar rakyat tempatan tidak berada dalam ketakutan. Kerajaan hendaklah membuat keputusan segera, perlu diambil tindakan ketumbukan tentera dan polis supaya situasi  huru hara ini dapat di bendung dan segera di tamatkan demi mempertahankan tanahair dari ancaman keganasan seperti yang telah berlaku. Admin sarankan agar pihak keselamatan tidak hanya bertahan dan terlalu berhati hati memandangkan situasi ini telah berlarutan sejak 9hb.Februari yang lalu dan hanya pada 12hb.Februari kejadian pencerobohan ini dilaporkan kepada pihak Polis secara rasmi. Pihak berkuasa pada dasarnya tidak mengambil ringan akan keselamatan penduduk tempatan khasnya dan Negeri Sabah keseluruhannya memandangkan tragedi ini telah di ambil perhatian dari seluruh tanahair juga dari masyarakat antarabangsa.

Kita sama sama berdoa dan berharap situasi ini akan berakhir dalam masa yang terdekat ini. in Syaa Allah. Amin. 






BLOG BN 2013

Send Button

Follow Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ANAKNILAI BLOGGERS GROUP - BLOGBN, PMELAYU,ANAKNILAI,KATA DIKOTA JANJI DITEPATI,KMELAYU.

Blog / Fb Activity Feeds

BLOG BN : Fb Recommendation Box

ANAKNILAI BLOGGERS GROUP - Top Blog Feeds

My Headlines 1

My Headlines 2a

My Headlines 3

My Headlines 4