The BLOG BN Message

DEMAM PRU13 2013

DEMAM PRU13 2013
HIDUP BN, HIDUP UMNO, HIDUP MELAYU, HIDUP MALAYSIA.

MANIFESTO #PRU13 BARISAN NASIONAL (BN) - (KLIK GAMBAR UNTUK HELAIAN PENUH MANIFESTO)

MANIFESTO #PRU13 BARISAN NASIONAL (BN) - (KLIK GAMBAR UNTUK HELAIAN PENUH MANIFESTO)
MANIFESTO #PRU13 BARISAN NASIONAL (BN) - (KLIK GAMBAR UNTUK HELAIAN PENUH MANIFESTO) - Akujanji 'Menepati Janji Membawa Harapan'

OPS DAULAT UPDATES

OP DAULAT

OP DAULAT
Operasi Anti Pengganas Kesultanan Sulu
Showing posts with label ANWAR IBRAHIM. Show all posts
Showing posts with label ANWAR IBRAHIM. Show all posts

Tuesday, March 12, 2013

ANWARGATE 3 : THE CONNECTION ANWAR IBRAHIM AND NUR MISUARI..............


Hot! Wikileaks Dedah Anwar Rakan Baik Nur 





Misuari, Operasi Sulit Serang Sabah Terbongkar.













RM6 juta adalah sebahagian kos yang dibelanjakan oleh Suaram untuk membiayai pengganas Sulu yang menceroboh Sabah dan membunuh anggota keselamatan.Tanpa bantuan kewangan pengganas ini sudah pasti tidak akan mampu membeli senjata yang moden kerana harganya yang sangat mahal.

Petikan dari Mynewshub:
“Kemampuan memiliki senjata untuk penembak tepat adalah antara yang paling memeranjatkan.
“Ini kerana rifle penembak tepat yang paling murah pun dikatakan berharga RM60,000 satu unit.
“Malah ada yang mencecah harga RM200,000 ke RM300,000 dan sehingga lebih RM1 juta (jarak tembakan melebihi 5 kilometer).,” lapor laman itu lagi. M-16, M-14 – Rifle untuk penembak tepat, Light Machine Gun – LMG, General Purpose Machine Gun – GPMG, M203 – grenade launcher, AK47, Bom tangan (dipercayai dimiliki kumpulan berkenaan), Rocket Propelled Grenade – RPG (Anti kereta kebal) antara senjata yg dipercayai di gunakan oleh pegganas ini.

Satu lagi insiden yang perlu diberi perhatian adalah kehadiran kapal USS Guardian di Laut Sulu. Agak memeranjatkan apabila kapal USS Guardian dikatakan terkandas di kawasan terumbu karang Tubbuhata. Menjadi tanda tanya kenapa kejadian tersebut terjadi pada 17hb Januari iaitu 24hari sebelum pendaratan penceroboh keatas Sabah pada 11 Februari 20113.

Yang pasti kapal perang tersebut sengaja belayar keluar dari laluan asalnya dan agak pelik kenapa kapal secanggih itu boleh tersasar dan gagal mengenal pasti kawasan terumbu karang dikawasan Tubbataha Reef.

Pihak Tubbataha Reef Marine Ranger telah beberapa kali memberi amaran kepada komander USS Guardian supaya jangan menghampiri kawasan terumbu karang tersebut. Tetapi bagaikan dirancang USS Guardian tetap meneruskan perjalanannya dan enggan berhenti. Timbalan Pengerusi WWF-Filipina ,Jose Ma.Lorenzo Tan berasa hairan dan tidak percaya kenapa USS Guardian dengan sengaja menghampiri kawasan terumbu karang tersebut.

Berdasarkan risikan Filipina,kapal perang tersebut telah melakukan satu operasi rahsia dan kehadiran mereka langsung tidak dimaklumkan kepada pihak berkuasa Filipina USS Guardian mendakwa kapal mereka tersangkut dikawasan terumbu tersebut,ketika itu apabila pengawal marin Filipina cuba menghampiri kapal tersebut mereka diberi amaran dan USS Guardian bersedia untuk menembak pihak marin Filipina



Menjadi tanda tanya kapal perang tersebut telah dimusnahkan dan segala peralatannya diangkut secara tergesa gesa. Dalam sejarah Amerika inilah kali pertama kapal perang mereka dimusnahkan dalam keadaan aman bukan dimedan perang.

Berdasarkan maklumat risikan dari Filipina, terdapat banyak kegiatan dilakukan dengan alasan mengadakan operasi menyelamat dan memunggah barang barang.Tetapi aktiviti mereka dibuat secara rahsia. Yang menghairankan pihak keselamatan Filipina kenapa anak kapal USS Guardian tidak dihantar ke Filipina kerana lokasinya paling hampir sebaliknya anak anak kapal USS Guardian terus dihantar ke Jepun.

Selepas kejadian memindahkan anak kapal selesai, Sultan Bantilan Muhammad Muizzudin II pemimpin dari gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang menentang serangan keatas Sabah mendedahkan ada pihak yang lebih besar dibelakang Jamalul Kiram III. Menurutnya terdapat kehadiran sekumpulan lelaki berkulit putih didalam kumpulan bersenjata Kiram sebelum mereka menyusup masuk ke Sabah.

Penglibatan Anwar,Tian Chua dan Sivarasa makin hari makin terdedah,penafian dan diversi isu digarap dan dilemparkan seluas mungkin. Matlamat Anwar hanya mahu mengkambing hitamkan pengganas Sulu semata mata mahu membuktikan bahawa negara tidak selamat dibawah pemerintahan BN.

Terkini wikileaks mendedahkan bahawa Nur Misuari telah merancang untuk menyerang Sabah seawal 2007,setelah mendapat bantahan daripada pentadbiran Tun Abdullah Badawi pada ketika itu,Nur Misuari telah membatalkan hasrat beliau untuk menyerang Sabah.

Maklumat yang didedahkan oleh wikileaks juga menyatakan Anwar mempunyai hubungan yang rapat dengan Nur Misuari.Malah turut mendedahkan Anwar beberapa kali mengadakan pertemuan dengan Nur Misuari.

P/S: ” Sabah mempunyai simpanan minyak dan gas yang menyamai Kuwait sebuah negara teluk. Dianggarkan pada tahun 2011 Sabah mempunyai simpanan minyak sebanyak 1.5 billion tong dan simpanan gas sebanyak 11-trillion kaki padu, dengan dua telaga minyak yang baru dijumpai diperairannya. Buat masa ini Sabah mempunyai 15 buah telaga minyak yang menjana 192,000 tong sehari bersamaan RM53 juta sehari. “













 

SALINAN DARIPADA ARTIKEL BERKENAAN : -


WikiLeaks logo

Articles

Browse by creation date

66 72 73 75 78 79 85 86 87 88 89 90 91 92 93 94 95 96 97 98 99 00 01 02 03 04 05 06 07 08 09 10

Browse by origin

A B C D F G H I J K L M N O P Q R S T U V W Y Z

Browse by tag

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Browse by classification

Community resources

courage is contagious

Viewing cable 07MANILA1534, NUR MISUARI BACK ON JOLO, AMID NEW FIGHTING

If you are new to these pages, please read an introduction on the structure of a cable as well as how to discuss themwith others. See also the FAQs 
Reference IDCreatedClassificationOrigin
07MANILA15342007-05-11 07:38CONFIDENTIALEmbassy Manila
VZCZCXRO2058
OO RUEHCHI RUEHDT RUEHHM
DE RUEHML #1534/01 1310738
ZNY CCCCC ZZH
O 110738Z MAY 07
FM AMEMBASSY MANILA
TO RUEHC/SECSTATE WASHDC IMMEDIATE 6459
INFO RUEHZS/ASSOCIATION OF SOUTHEAST ASIAN NATIONS IMMEDIATE
RUEHIL/AMEMBASSY ISLAMABAD IMMEDIATE 3408
RUEHRH/AMEMBASSY RIYADH IMMEDIATE 0729
RUEKJCS/SECDEF WASHDC IMMEDIATE
RUEAIIA/CIA WASHDC IMMEDIATE
RHHMUNA/CDRUSPACOM HONOLULU HI IMMEDIATE
C O N F I D E N T I A L SECTION 01 OF 02 MANILA 001534 
 
SIPDIS 
 
SIPDIS 
 
E.O. 12958: DECL: 05/11/2017 
TAGS: PGOV PINS PREL MY RP
SUBJECT: NUR MISUARI BACK ON JOLO, AMID NEW FIGHTING 
 
REF: A. MANILA 1366 
 
     B. MANILA 1243 
     C. MANILA 1187 
     D. MANILA 1011 
     E. MANILA 923 
     F. MANILA 407 
 
Classified By: Pol/C Scott Bellard for reasons 1.4 (b) and (d) 
 
1.  (C) Summary:  The Makati Regional Trial Court temporarily 
permitted detained Moro National Liberation Front (MNLF) 
Chairman Nur Misuari to campaign for Sulu Governor in Jolo 
City May 11-14.  Followers of rogue MNLF Commander Habier 
Malik clashed again May 8 with government security forces in 
Kalingang Caluang on Jolo Island.  Pressure may be building 
on some MNLF commanders to support Malik, who remains on the 
run.  Misuari apparently still harbors aspirations to 
"re-gain" Sabah from Malaysia.  The Philippine government 
clearly hopes Misuari will be a force for peace and 
reconciliation over the long-term -- but probably not as Sulu 
governor.   End Summary. 
 
------------------------- 
Court OKs Misuari to Jolo 
------------------------- 
 
2.  (U)  On May 9, Makati Regional Trial Court Judge Winlove 
Dumuyag issued written approval for detained MNLF Chairman 
Nur Misuari to return to Jolo City May 11-14 to campaign for 
Sulu Governor and to cast his votes.  He intends to hold at 
least one political rally in Jolo City.  The judge denied 
requests for him also to visit Luuk, Siasi, and Pangaturan 
May 10-20.  The Court is also unlikely to approve a motion to 
allow Misuari to accept an invitation to the May 15-17 
Organization of Islamic Conference of Foreign Ministers in 
Islamabad, Pakistan.  However, Judge Dumuyag scheduled 
Misuari's bail hearing for June 21.  Exceptionally, the 
hearing will took place in the house where Misuari is serving 
his detention. 
 
3.  (C) Armed Forces of the Philippines National Capital 
Region Commander Major General Ben Dolorfino -- the most 
senior AFP Muslim and the chief of the Ad Hoc Joint Action 
Group with the Moro Islamic National Liberation Front -- told 
poloff that he had personally encouraged Misuari to run for 
governor and had advised him to attack incumbent Sulu 
Governor Benjamin Loong for engaging in "un-Islamic 
practices," including embezzlement of Internal Revenue 
Allotment funds, corruption, alcohol consumption, gambling, 
and absenteeism from official duties.  MG Dolorfino said that 
he had also advised Misuari to criticize the other 
gubernatorial candidate -- former Sulu Governor Sakur Tan -- 
for engaging in many of the same "un-Islamic practices," in 
addition to drug trafficking. 
 
-------------- 
Fresh Fighting 
-------------- 
 
4.  (U) Renewed fighting erupted in Jolo on May 8 between AFP 
troops and followers of rogue MNLF Commander Habier Malik 
(reftels).  AFP Western Mindanao Command Information Officer 
Eugenio Batara told the press that the fighting began during 
the early morning in Barangay Kambing of Kalinggalang 
Kaluang. 
 
5.  (C) MG Dolorfino, whom Malik briefly held captive in 
February (ref f), described the current political and 
security situation on Jolo as "very delicate."  Dolorfino 
commented that, while Malik remains isolated and on the run, 
pressure is building among some MNLF commanders to support 
Malik in the face of mounting MNLF casualties.  He commented 
that if Malik is "pushed to the wall," the potential exists 
that other MNLF elements on Jolo, Basilan, the Zamboanga 
Peninsula, and/or in central Mindanao will enter the fray. 
Dolorfino instead welcomed efforts by the Philippine National 
Police to bring Malik to justice based on a new arrest 
warrant for Malik.  Attorney Jainal separately predicted that 
Malik would never allow himself to be captured alive by 
government security forces and that Malik's death would 
likely embolden other MNLF members to fight. 
 
--------------------- 
Dreaming of Sabah...? ?????????
--------------------- 
 
6.  (C) MNLF Attorney Ombra Jainal described Misuari as a 
 
MANILA 00001534  002 OF 002 
 
 
strong advocate for the recovery of Sabah from Malaysia and 
as still bitter toward Malaysia for arresting and turning him 
over to Philippine authorities in January 2002.  Misuari once 
commented to MG Dolorfino that when the timing was right, 
"the MNLF could invade Sabah at 5 a.m. and control it by 7 
a.m."  Misuari has also reportedly claimed that he personally 
was a legitimate claimant to Sabah by virtue of his "royal 
blood," and has blamed "Malaysia's agents" for stirring up 
trouble in Sulu. 
 
7.  (C) Self-proclaimed Sulu Sultan Fuad Kiram granted 
Misuari the hereditary rank of "Datu" (Royal Prince) of the 
Sultanate of Sulu and North Borneo (Sabah) at Misuari's 
detention house on March 14.  Kiram attended the March 18 
MNLF Freedom Day Anniversary Celebration at Malik's then-camp 
in Bitanag as guest of honor, where Malik called him the only 
"true and legitimate" Sultan of Sulu and Sabah, according to 
Kiram's chief advisor, Omar Kiram. 
 
8.  (C) MG Dolorfino commented that Malaysia is not only 
concerned about Misuari's intentions toward Sabah, where 
Misuari apparently still has hundreds of followers, but also 
about his recent contacts with Malaysian opposition figure 
Anwar Ibrahim, described as an "old friend" of Misuari's. 
Over the past several months, Malaysian officials have held 
at least three meetings with Misuari and/or Misuari's wives, 
according to Jainal and Dolorfino.  During an April 10 
meeting, a special envoy from Malaysian Prime Minister 
Abdullah Ahmad Badawi told Misuari not to meddle in 
Malaysia's domestic politics, Dolorfino said.  According to 
Jainal, Misuari promised Badawi's representative that he had 
no intention of getting involved in Malaysia's internal 
affairs. 
 
9.  (C) Dolorfino opined that Malaysia would likely seek 
stronger assurances that Misuari would not pursue the Sabah 
claim.  He added that Malaysia had promised to facilitate an 
eventual power sharing agreement between the MNLF and Moro 
Islamic Liberation Front (MILF) after the GRP-MILF Peace 
Panels reached an ancestral domain agreement. 
 
------- 
Comment 
------- 
 
10.  (C)  Despite his checked past, Nur Misuari retains 
considerable respect among the MNLF as its founder and 
long-time leader, despite his rather ignominious term as 
governor of the Autonomous Region in Muslim Mindanao and his 
ongoing trial for sedition.  The Philippine government 
clearly hopes he will be a force for peace and reconciliation 
over the long-term, but probably not as Sulu governor, 
unlikely as that now seems.  His two competitors, Loong and 
Tan, have even stronger ties to different elements in the 
Arroyo Administration, which must ultimately find a path to 
peace with the MILF without treading on too many MNLF toes. 
 
 
Visit Embassy Manila's Classified SIPRNET website: 
http://www.state.sgov.gov/p/eap/manila/index. cfm 
 
You can also access this site through the State Department's 
Classified SIPRNET website: 
http://www.state.sgov.gov/ 
KENNEY

Admin - 
Makin hari makin terbongkar Kisah Si Dajjal sekor made in Cerok Tok Kun ini. Selagi Kes Pencerobohan Lahad Datu di Sabah bermula 12hb. Februari, 2013 hinggalah hari ini. Pihak Keselamatan Tentera dan Polis Malaysia masih memerangi Penceroboh di kawasan Kg. Tanjung Batu dan Kg. Tanjung Labian setelah menamatkan Operasi di Kg. Tanduo, Lahad Datu, Sabah. 
Oleh yang demikian, pihak admin Blog BN akan mempergiatkan lagi mendapatkan info dan maklumat bagi membongkar Modus Operandi Pencerobohan Tentera Sulu tersebut serta membuat kajian mendalam agar dapat dihasilkan suatu Resolusi punca bagi menamatkan konflik yang telah berlarutan setelah lebih 27 hari berlaku yang telah mengakibatkan Tragedi bferdarah yang amat menyusahkan rakyat sabah khasnya dan Malaysia amnya.

Akan bersambung...........  














BLOG BN 2013

Thursday, March 7, 2013

SANDIWARA !! SANDIWARA !! Tak habis habislah anwar ni.....


Mustahil Sandiwara Jika UMNO Bakal Rugi 24 Kerusi Parlimen Sabah

alt
 
 
Jika dilihat dan diperhatikan kepada tuduh menuduh yang ada di dalam alam maya sesama penyokong pembangkang dan penyokong BN di dalam hal pencerobohan orang Sulu di Lahad Datu maka keputusan siapa lebih benar di dalam tuduhan boleh di nilai melalui  siapa lebuh untung atau pun siapa lebih rugi dengan apa yang terhasil dari pencerobohan itu.
 
Jika diperhatikan bahawa negeri Sabah telah sekian lama menjadi  pembekal undi pukal dan solid kepada UMNO dan telah beraksi sebagai “goose that laid the golden egg” maka amat mustahil UMNO mahu memporak peranda kan negeri  pemberi kemenangan kepada parti nya.
 
Jadi apabila jari jari menuding konon nya ini semua sandiwara UMNO dan lakonan semata mata sebagai dalih UMNO konon nya takut menghadapi pilihanraya ada lah tuduhan murah dan tuduhan cuci tangan sahaja tanpa perlu sebarang bukti dan hujah. Malah perkataan “sandiwara” dan “takut” itu sendiri ada lah perasaan pihak penuduh yang sedang di alih kan kepada UMNO.
 
Jika skrip lakonan di ambil kira maka pemergian Anwar Ibrahim berjumpa dengan Nur Misuari juga boleh di anggap sebagai mengambil bahagian di dalam lakonan arahan UMNO.Malah, Presiden Benigno "Noynoy" Aquino juga boleh di kata kan sanggup berlakon di dalam sandiwara berskala besar ini.
 
Dalam mahu menepis tuduhan Anwar ada terbabit itu pihak pembangkang terpaksa membongkar fail-fail lama serta gambar gambar lama orang orang tertentu dari pihak kerajaan yang ada berjumpa dengan sesiapa sahaja dari puak Sulu untuk di kait kan dan di jadi kan bukti. Malah ahli UMNO juga ada terdiri dari masyarakat Sulu dan ini juga turut di seret sebagai asas tuduhan.
 
Cuma pembangkang terhenti  untuk berhujah apabila ditanya jika orang BN atau UMNO sudah ada bersama puak Sulu sekian lama kenapa tiada tuntutan dari puak Sulu terjadi? Hanya apabila Anwar berjumpa Nur Misuari sahaja baru wujudnya tuntutan yang sudah lama mati berkubur dan dikira sebagai tidak sah lagi?
 
Isu  tuntutan Sulu kini menjadi lebih  'complicated' bila emosi rakyat Malaysia berketurunan Sulu sudah mula terusik dan sedikit terganggu maka amat mustahil tuduhan itu boleh di kaitan dengan UMNO atau Datuk seri Najib. Mustahil UMNO menyokong sesuatu yang amat merugi kan UMNO sendiri.
 
Kini ada pula  sebaran di dalam youtube berkenaan lagu yang sering dinyanyikan oleh Anwar dibeberapa siri ceramahnya semenjak tahun 2012 lagi dengan ejekan “tanya sama najib kenapa goyang dan jawap Najib kerana Sabah dah hilang”  yang di ubah dari lagu asal “tanya sama pokok” , maka tuduhan bahawa UMNO yang berencana untuk cerobohan terhadap Sabah bertambah tidak masuk akal. Dan kini, orang yang menyanyi kan nya pula menjadi “prime suspect”. Namun sehingga kini ia hanya masih di peringkat tuduh menuduh sahaja.
 
Rakyat harus menilai sesuatu tuduhan itu pada hasilnya, jika tujuan tidak dapat dijelaskan maka hasilnya patut jadi ukuran.Jika hasilnya merugi kan pihak UMNO maka mustahil UMNO yang merencanakannya.
 
Apakah ada pihak mahu Pilihanraya ke 13 di jalankan tanpa undi dari Sabah akibat Sabah di dalam kekecohan? Malah ada juga desas desus bahawa PRU di Sabah akan di gagal kan oleh pihak tertentu dan PRU di negeri lain di teruskan, lalu BN kekurangan kerusi dari negeri itu.
 
Jika ini benar,pasti sangat ia nya bukan sandiwara UMNO, dan terlalu nyata ia datang dari pihak lagi satu yang tidak mahu pembekal undi Parlimen kepada UMNO dapat  beraksi.
 

SUMBER :  KL POS
HIDUP UMNO !!




Admin  -  
PAKU DULANG PAKU SERPIH, 
MENGATA  ORANG DIA YANG LEBIH !!  
SIAKAP SENOHONG ANWAR MEMANG PEMBOHONG !







BLOG BN 2013

Monday, March 4, 2013

The Sabah Invasion : Lagi Lapuran Dari Semporna ( Gambar Pengganas Sulu Dibunuh Orang Awam.


[Eksklusif] Gambar Penceroboh Dipukul Sehingga Mati Oleh Penduduk Semporna...


Puluhan penduduk membelasah hingga mati seorang lelaki bersenjata M16, yang dipercayai terlibat dalam serangan hendap yang mengorbankan lima anggota polis, di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna malam tadi.

Dalam insiden awal pagi ini, seorang lelaki berbadan besar, berpakaian serba hitam dan bersenjatakan M-16 turun daripada sebuah bukit dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah surau di Kampung Senallang Lama, Semporna.

Seorang penduduk, Abdul Hani Samaullah, 44, berkata selepas melepaskan tembakan, lelaki itu turut menjerit di hening pagi bahawa "saya yang menembak polis malam tadi".

"Lelaki itu kemudian membuka setiap pintu rumah penduduk dan mengarahkan mereka berkumpul di satu kawasan lapang," katanya yang turut berkumpul bersama penduduk di dalam keadaan ketakutan.

Abdul Hani berkata penduduk menyerang lelaki terbabit apabila dia bertinggung dan memasang api rokok serta meletakkan senjatanya.

Beliau berkata lelaki itu dibelasah hingga mati dan mayatnya diletakkan berhampiran sebuah pokok di kampung itu.

Pesuruhjaya Sabah Datuk Hamza Taib pada sidang akhbarnya mengesahkan kejadian itu dan berkata dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, penceroboh menyelinap masuk ke kampung itu melalui jalan pantai.

"Penceroboh itu bersenjatakan M-16 dan membawa pelancar roket," katanya sambil memberitahu bahawa siasatan mendapati lelaki itu berbangsa Sulu dan berumur dalam lingkungan 60-an.

Kebanyakan penduduk di kampung itu adalah petani dan pekebun ladang kelapa sawit.

Sementara itu pelancong dari Republik Czech Jam Pesta, 67, yang bersama keluarganya merancang untuk bercuti ke Pulau Mabul berharap insiden pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan bersenjata yang tidak dikenali itu dapat diselesaikan dengan secepat mungkin.

"Saya dapati Semporna mungkin antara destinasi pelancongan terbaik di dunia dan sudah tentu di kawasan Asia. Saya berharap insiden ini cepat berakhir," katanya.

Beliau berkata rancangan percutiannya ke Pulau Mabul bersama isteri dan anggota keluarganya ditangguh ke tarikh yang belum ditentukan oleh agensi pelancongan.

"Saya sudah di sini selama dua hari. Sepatutnya esok saya dan isteri ke Pulau Mabul namun secara tiba-tiba ditangguh oleh agensi pelancongan," katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri turut memuji tindakan berani penduduk kampung di Semporna yang menumpaskan seorang penceroboh yang dianggap beliau bukti penduduk setempat tidak bersetuju dengan kes pencerobohan di Lahad Datu. 


SUMBER : Kulaan Niring

Admin - Padan muka aruah pengganas tersebut sampai tak nampak mukanya mungkin hancur di belasah oleh orang orang kampung yang hilang kesabaran setelah menjadi tawanan pengganas tersebut. Ini baru rakyat tempatan di daerah tersebut belum lagi anak anak Pribumi dan Bumiputera terutamanya orang orang Melayu di Sabah, sarawak dan Semenanjung Tanah Melayu. Setelah lebih 3 minggu di landa dengan kemelut pencerobohan 'Pengganas dan Lanun Sultan Sulu' di Lahad Datu, Kunak dan Semporna, ada kemungkinan kejadian  kejadian yang telah di rancang oleh Kesultanan Sulu dan orang orangnya ke tempat tempat lain yang strategik yang bakal menimbulkan suatu suasana 'panik' dan tidak tenteram disamping polemik sentimen dikalangan rakyat tempatan Negeri Sabah khasnya dan penduduk Semenanjung Tanah Melayu lebih lebih lagi di dalam menghadapi demam Pilihanraya Umum ke 13 yang akan diadakan pada bila bila masa dari sekarang.


              Admin tertarik dengan pandangan Dato' Mohd Zahrain dari Pulau Pinang iaitu seorang bekas Ahli Parlimen PKR yang sekarang telah kembali menjadi Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional yang berpendapat bahawa pencerobohan yang bermula di Lahad Datu berkemungkinan lahir dari suatu pakatan dari pihak Sulu dan juga beberapa pihak dari dalam negeri sendiri yang agak terancang dan bermotifkan politik dan menimbulkan keadaan yang huru hara di kalangan rakyat Malaysia. Apabila keadaan di Sabah terutamanya menjadi huru hara dan kacau bilau, maka Kerajaan Negeri dan Pusat terpaksa mengumumkan Darurat di Sabah dan menyebabkan PRU tidak boleh di adakan di Negeri Sabah dan akan mengakibatkan Barisan Nasional berkemungkinan kalah akibat tidak cukup kerusi untuk menang dengan majoriti mudah di peringkat Parlimen seterus nya Putrajaya akan tumbang dengan BN akan hilang tampuk  pemerintahan negara kepada PR. Jadi beliau sangat berat mengatakan bahawa pihak PR telah berpakat dan terlibat secara tidak langsung dengan pencerobohan Pengganas Sulu di Lahad Datu yang telah merebak ke Kunak dan Semporna, Sabah.            




                   Sementara itu,  pihak pembangkang PR telah beria ia memperlekehkan dan mempersendakan kewibawaan dam kemampuan pihak berkuasa di dalam menangani kemelut yang bermula daripada 12hb. Februari, 2013 secara rasmi apabila telah mendapat laporan Polis berkenaan pencerohan di Kg. Tandou, Felda Sahabat, Lahad Datu. Berikut, admi lampirkan beberapa info untuk dibincangkan serta dibuat penilaian. Bagi admin, banyat lagi yang tersirat dan tersurat yang perlu didedahkan agar dirangkum bagi mendapat suatu penyelesaian di dalam kejadian ini. Juga admin, dapat mencium beberapa unsur konspirasi yang bakal dibongkar agar anasir sebenarnya dapat dibenteras dan di ambil tindakan undanng undang Malaysia, tanahair yang tercinta ini.   



Kemas Kini: Rangkuman Konspirasi
6 Polis Maut, 6 Anggota Kumpulan Bersenjata Terbunuh

[Bernama] LAHAD DATU - Seorang lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah semalam, menjadikan jumlah terkini anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut kepada enam orang.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, enam anggota kumpulan bersenjata itu juga terbunuh dalam kejadian pukul 8 malam di perkampungan atas air itu.

Dalam operasi 'menyelamat' yang dilancarkan hari ini dan berakhir kira-kira 7 malam, Ismail berkata, polis turut berjaya mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari Kampung Sri Jaya Simunul itu.

Pada sidang media kira-kira 9 malam di Felda Sahabat, Kampung Tanduo di sini, Ismail berkata enam mayat anggota polis yang terkorban itu dihantar ke Hospital Semporna.

"Identiti mangsa akan dimaklumkan kepada anggota keluarga terlebih dahulu sebelum dipaparkan di laman web rasmi PDRM," katanya.
Pada sidang media terdahulu hari ini, Ismail mengumumkan lima anggota polis terkorban dalam insiden itu manakala dua anggota kumpulan itu terbunuh.

Pada sidang media sebelum ini, beliau berkata kelima-lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna itu ditugas untuk menjalankan siasatan di kampung berkenaan berikutan polis mendapat maklumat mengenai sekumpulan lelaki bersenjata di kampung itu.

Ismail juga memberitahu sidang media terdahulu itu bahawa anggota polis itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri.
Pada sidang media malam ini, Ismail menafikan terdapat insiden anggota polis yang didakwa menjadi tebusan kumpulan bersenjata itu dipenggal kepalanya.

"Itu hanya khabar angin dan saya minta orang ramai supaya tidak mempercayai sebarang khabar angin," katanya.
Beliau memaklumkan keadaan di kampung berkenaan kini kembali seperti biasa. 

Siapa dalang sebenar, setakat ini belum ada berita yang sahih terutama dari akbar-akbar tempatan. Tetapi akbar dari luar negara telah mendahuluinya dengan menyebut beberapa ahli politik pembakang dari Malaysia secara tidak langsung ada kaitan dengan pencerobohan oleh puak militan Filipina.


                              Petikan Dari Inquirer News

             
Petikan Kenyataan Dari Pegawai Perisik Filipina

                         Petikan Dari The Manila Times.net
                                                               
Perjumpaan Anwar Dengan Nur Misuari Sebelum Ini dinafikan oleh beliau sendiri

 Pertemuan Dr. Jeffery Kitingan Dengan Sultan Muedzullail T Kiram Hotel Le Merridien, Kg. Ayer, KK, Sabah

 Jadi Siapakah Dalang Di Sebalik Pencerobohan Militan Filipina Di Lahad Datu???








BLOG BN 2013

Sunday, March 3, 2013

SUDAH TERANG LAGI BERSULUH !! ANWAR BERSEKONGKOL DENGAN PENCEROBOH DALAM MOTIF MAHU MENGANGGU GUGAT KEAMANAN MALAYSIA.



Kenyataan Ancaman Nur Misuari Sebelum Tragedi Berdarah Lahad Datu



Disebalik kebuntuan di minggu kedua Militan Sulu hadir di Lahad Datu dengan dikelilingi oleh pasukan keselamatan Malaysia, Nur Misuari dengan cepat telah mengeluarkan ancaman dengan berkata,

‘’JIKA SETITIK DARAH DITUMPAHKAN, MAKA KITA AKAN DIPAKSA UNTUK DATANG MEMBANTU MEREKA”
Nur Misuari juga telah berkata seperti berikut,

‘‘INI HARUS DIKENDALIKAN OLEH PEMIMPIN ‘COOLER HEAD‘ , LEBIH BAIKTUNGGU PILIHANRAYA UMUM MALAYSIA UNTUK LIHAT SIAPA YANG AKAN MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG BARU‘‘ 

Siapakah Pemimpin ‘Cooler Head‘ yang Nur Misuari maksudkan itu? Tidak lain dan tidak bukan adalah kawan lama beliau, Anwar Ibrahim...!

IA TELAH DILAPORKAN OLEH REUTERS DAN DISAHKAN OLEH SUMBER TENTERA FILIPINA BAHAWA ANWAR TELAH BERKUNJUNG KE FILIPINA DAN MENGADAKAN PERTEMUAN DENGAN NUR MISUARI UNTUK MEMBINCANGKAN TUNTUTAN KE ATAS SABAH, BEBERAPA BULAN SEBELUM INSIDEN LAHAD DATU BERLAKU 


ADMIN - "SUDAH TERANG LAGI BERSULUH" 
                Kerajaan Malaysia disarankan tidak mengambil ringan provokasi ini. Sesuatu 
                tindakan drastik 
                harus diambil bagi membenteras anasir anasir subversif yang juga 'Anti 
                Establishment' serta 
                Kami   mendatangkan ancaman kepada kestabilan dan kemanan negara. Rakyat  
                juga 
                berkeyakinan akan kewibawaan Kerajaan Pusat dan pihak pihak  berkuasa di dalam 
                menangani kemelut ini. Tidak keterlaluan di katakan bahawa Rakyat akan tidah              
                mudah lupa  
                tragedi seumpamanya ini setelah sekian lama aman dan sentosa di bawah Kerajaan              
                Barisan  
                Nasional setelah sekian lama. 

                HIDUP BN, HIDUP UMNO, 
           HIDUP MELAYU, HIDUP MALAYSIA.






BLOG BN 2013

Send Button

Follow Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ANAKNILAI BLOGGERS GROUP - BLOGBN, PMELAYU,ANAKNILAI,KATA DIKOTA JANJI DITEPATI,KMELAYU.

Blog / Fb Activity Feeds

BLOG BN : Fb Recommendation Box

ANAKNILAI BLOGGERS GROUP - Top Blog Feeds

My Headlines 1

My Headlines 2a

My Headlines 3

My Headlines 4