The BLOG BN Message

DEMAM PRU13 2013

DEMAM PRU13 2013
HIDUP BN, HIDUP UMNO, HIDUP MELAYU, HIDUP MALAYSIA.

MANIFESTO #PRU13 BARISAN NASIONAL (BN) - (KLIK GAMBAR UNTUK HELAIAN PENUH MANIFESTO)

MANIFESTO #PRU13 BARISAN NASIONAL (BN) - (KLIK GAMBAR UNTUK HELAIAN PENUH MANIFESTO)
MANIFESTO #PRU13 BARISAN NASIONAL (BN) - (KLIK GAMBAR UNTUK HELAIAN PENUH MANIFESTO) - Akujanji 'Menepati Janji Membawa Harapan'

OPS DAULAT UPDATES

OP DAULAT

OP DAULAT
Operasi Anti Pengganas Kesultanan Sulu

Friday, February 22, 2013

'ABANG BESAR - DAP MULA TUNJUK BELANG ??

(BENDERA BARU PR ??)

DAP Cuba Nak Jadi ‘Raja’ Dalam Pakatan Pembangkang.

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Kemelut dan konflik yang berlaku dalam pakatan pembangkang hari ini adalah berpunca daripada sikap kepimpinan DAP, terutamanya Lim Guan Eng dan Karpal Singh yang dilihat menjadi selalu tukang sibuk dan seringkali mencampuri urusan dalaman yang melibatkan parti lain di dalam Pakatan seperti Pas dan PKR.
Ketua UMNO Bahagian Batu Gajah, Datuk Mohd Yusoff Kassim berkata, sikap kepimpinan tertinggi DAP, terutamanya Pengerusi Kebangsaan parti tersebut yang suka masuk campur dan mengkritik kepimpinan parti-parti lain di dalam pakatan, memperlihatkan bahawa beliau langsung tidak menghormati kepimpinan parti lain serta bersikap ingin menjadi ‘Raja’ di dalam Pakatan.
“Sikapnya yang suka masuk campur dan mengkritik secara terbuka keputusan atau pun pendirian kepimpinan parti lain di dalam pakatan menyebabkan kepimpinan Pas dan PKR mula merasa tidak berpuas hati .
“Sebelum ini, beliau lantang mengkritik Pas dalam pelbagai isu, terutamanya yang melibatkan hal-hal agama termasuklah isu kalimah Allah baru-baru ini. Kini, kenyataan beliau dalam kemelut PKR dan DAP Johor juga telah mengguris perasaan kepimpinan PKR Johor sehingga Chua Jui Meng membuat kenyataan terbuka tidak berpuas hati dengan sikap pengerusi kebangsaan DAP itu,” ujar beliau.
Sikap yang diperlihatkan oleh Karpal serta kepimpinan tertinggi DAP itu cukup jelas bahawa parti tersebut cuba untuk menjadi parti yang dominan di dalam pakatan pembangkang dan ini telah menimbulkan kekalutan dalam hubungan DAP bersama Pas dan PKR.
“Saya yakin, ramai ahli di peringkat akar umbi baik di dalam Pas mahupun PKR, tidak suka dan meluat dengan cara kepimpinan DAP yang cuba masuk campur, malah mengkritik apa jua keputusan yang dibuat oleh kepimpinan tertinggi Pas dan PKR.
“Tindakan Karpal yang cuba masuk campur dan mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama Pas dalam isu kalimah Allah baru-baru ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli dan penyokong Melayu di dalam pakatan pembangkang, sedangkan isu tersebut ditimbulkan oleh Setiausaha Agung DAP sendiri,” ujarnya.
Berdasarkan senario itu jelas, bahawa sikap kepimpinan DAP yang suka mencari pasal dengan parti-parti lain dalam pakatan pembangkang membuktikan betapa rapuhnya kesepakatan di dalamnya yang boleh berkecai pada bila-bila masa.
“Saya minta rakyat di negara ini agar menolak pakatan pembangkang yang tidak mempunyai kesepakatan yang baik dan seringkali bertelagah sesama sendiri. Bagaimana untuk  menjadi pemerintah yang dapat mentadbir negara dengan baik, sedangkan setiap parti di dalam gabungan pakatan ini pun lebih mementingkan agenda dan kepentingan parti masing-masing berbanding kepentingan rakyat dan agenda nasional,” soalnya
. – MediaUMNO


BLOG BN

No comments:

Send Button

Follow Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ANAKNILAI BLOGGERS GROUP - BLOGBN, PMELAYU,ANAKNILAI,KATA DIKOTA JANJI DITEPATI,KMELAYU.

Blog / Fb Activity Feeds

BLOG BN : Fb Recommendation Box

ANAKNILAI BLOGGERS GROUP - Top Blog Feeds

My Headlines 1

My Headlines 2a

My Headlines 3

My Headlines 4