The BLOG BN Message

DEMAM PRU13 2013

DEMAM PRU13 2013
HIDUP BN, HIDUP UMNO, HIDUP MELAYU, HIDUP MALAYSIA.

MANIFESTO #PRU13 BARISAN NASIONAL (BN) - (KLIK GAMBAR UNTUK HELAIAN PENUH MANIFESTO)

MANIFESTO #PRU13 BARISAN NASIONAL (BN) - (KLIK GAMBAR UNTUK HELAIAN PENUH MANIFESTO)
MANIFESTO #PRU13 BARISAN NASIONAL (BN) - (KLIK GAMBAR UNTUK HELAIAN PENUH MANIFESTO) - Akujanji 'Menepati Janji Membawa Harapan'

OPS DAULAT UPDATES

OP DAULAT

OP DAULAT
Operasi Anti Pengganas Kesultanan Sulu

Thursday, March 7, 2013

TERKINI !!! Sidang Media OP DAULAT ( 5.20PM)

[TERKINI Jam 5.20 PM] 

52 PENGGANAS DITEMBAK MATI KESELURUHAN







Sebanyak 52 pengganas Sulu disahkan mati setakat ini, termasuk 32 orang dengan seorang berpangkat jeneral berjaya ditembak hari ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar selepas satu pertempuran pada pukul 11.30 pagi tadi. temdapat juga suatu 'contact' iaitu tembakan liar yang dipercayai daripada saki baki pengganas yang bersembunyi terutamanya di dalam kawasan yang lebih kecil sekitar 4 - 5 km2 menurut PAT ATM. Beliau juga menyatakan pasukan keselamatan akan mengeledah dan mencari saki baki musuh yang masih bersembunya di kawasan kawasan 'panas' dan terus akan mengawal keadaan sambil akan mengelakkan 'Casualities' dikalangan pasukan keselamatan. Setakat belum ada yang tercedera dan ini adalah baik dari segi prestasi anggota keselamatan walaupun tindakan 'offensive' yang di ambil secara berhati hati dan tidak bergopoh gapah serta tidak cuai di dalam tindakan menghadapi musuh yang menghadapi 'tekanan' dari pihak keselamatan di dalam operasi 'OP DAULAT' tersebut.   

Walau bagaimanapun pemimpin pengganas yang berpangkat jeneral itu masih belum dipastikan sama ada mangsa ialah adik kepada Sultan Sulu iaitu Raja Muda Agbimuddin Kiram yang mengetuai kumpulan itu menceroboh Sabah. Jumlah itu termasuk sejak pertempuran pertama setelah pasukan keselamatan Malaysia diserang hendap Jumaat minggu lalu di Kampung Tanduo di sini. Pihak keselamatan berjaya menembak pengganas di sekitar kampung Tanduo dan beberapa kawasan sekitar seperti Tg Batu dan Tg. Labian.

Pihak keselamatan percaya masih ramai pengganas masih bersembunyi disekitar dan kampung Tanduo.Pihak ATM mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib kerana melawat dan ini dapat meningkatkan lagi moral anggota. Operasi akan diteruskan sehingga kesemua pihak pengganas menyerah diri tanpa syarat. Keseluruhan musuh yang berjaya ditembak adalah sejumlah 52 orang setakat ini sepanjang Ops Daulat dilancarkan.

Menurut beliau, jumlah itu tidak termasuk musuh yang dilaporkan cedera dan yang telah ditangkap manakala ada sebahagiannya telah dikebumikan serta masih tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa Tentera dan Polis. PAT ATM juga menyatakan supaya anggota keselamatan lebih berhati hati dan juga mengambil masa yang secukupnya disamping menyatakan bahawa Operasi OP DAULAT ini tiada had masanya dan masih diteruskan selagi objektifnya belum dicapai. KPN PDRM juga menghargai kesediaan Perdana Menteri turun padang dan mengambil masa melihat keadaan di kawasan Kg. Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu serta bertanya khabar juga berbual dengan anggota anggota yang bertugas di barisan hadapan yang berjuang demi tanahair yang tercinta.

Akhirnya PAT meenyatakan bahawa pihak keselamatan telah dapat meneutralkan keadaan dan tempat tempat kejadian terutamanya di Tg. Batu dan Tg. Labian. Pihak TUDM juga masih meronda di udara bagi memastikan segala pergerakan keluar dan masuk di daratan dan pengairan di Timur Negeri Sabah dengan dibantu oleh Kapal Frigate TLDM. Semangat juang juga sangat tinggi di atas kerjasama pihak Polis dan Tentera di dalam perlaksanaan operasi di bawah OP DAULAT, katanya lagi. 

Usaha masih diteruskan bagi mencapai objektif sehingga musuh meletakkan senjata secara total dan menyerahkan diri tanpa syarat atau apa apa tuntutan.
 
Admin - SEMOGA PIHAK KESELAMATAN NEGARA POLIS DAN TENTERA SERTA SEMUA AGENSI KERAJAAN YANG TERLIBAT DI DALAM 'OP DAULAT' AKAN DILINDUNGI ALLAH SENTIASA DAN AKAN PULANG DENGAN SELAMAT SAMBIL DAPAT MENGEKALKAN KEAMANAN SEJAGAT DEMI MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA DARI ANCAMAN LUAR YANG CUBA MENGKOTAK KATIKKAN KEHARMONIAN DAN KESEJAHTERAAN NEGARA YANG TERCITA INI. 

HIDUP PAHLAWAN NEGARA !! HIDUP PM !!
















BLOG BN 2013

No comments:

Send Button

Follow Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ANAKNILAI BLOGGERS GROUP - BLOGBN, PMELAYU,ANAKNILAI,KATA DIKOTA JANJI DITEPATI,KMELAYU.

Blog / Fb Activity Feeds

BLOG BN : Fb Recommendation Box

ANAKNILAI BLOGGERS GROUP - Top Blog Feeds

My Headlines 1

My Headlines 2a

My Headlines 3

My Headlines 4