The BLOG BN Message

DEMAM PRU13 2013

DEMAM PRU13 2013
HIDUP BN, HIDUP UMNO, HIDUP MELAYU, HIDUP MALAYSIA.

MANIFESTO #PRU13 BARISAN NASIONAL (BN) - (KLIK GAMBAR UNTUK HELAIAN PENUH MANIFESTO)

MANIFESTO #PRU13 BARISAN NASIONAL (BN) - (KLIK GAMBAR UNTUK HELAIAN PENUH MANIFESTO)
MANIFESTO #PRU13 BARISAN NASIONAL (BN) - (KLIK GAMBAR UNTUK HELAIAN PENUH MANIFESTO) - Akujanji 'Menepati Janji Membawa Harapan'

OPS DAULAT UPDATES

OP DAULAT

OP DAULAT
Operasi Anti Pengganas Kesultanan Sulu

Tuesday, March 5, 2013

KRONOLOGI OPS DAULAT - SERANGAN BERSEPADU ATM DAN PDRM MEMBENTERAS PENGGANAS SULU YANG ENGKAR - 05 / 03 / 2013


Kronologi Serangan Pihak Berkuasa Di Lahad Datu

E-mailPrint
alt
17.40 Tengah Hari: Dua kapal pengawal pantai Filipina diletakkan dalam di Zamboanga City dan mungkin di hantar ke sempadan perairan Malaysia bagi memberi bantuan keselamatan kepada rakyat negara ini yang terjejas dalam insiden di Sabah.
Jurucakap Pegawai Pantai, Komander Armand Balilo berkata, beliau sedang menunggu arahan daripada Kementerian Hal Ehwal Luar bagi menempatkan dua kapal tersebut di sempadan perairan Malaysia.

16.59 Tengah Hari: Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memaklumkan Ops Sulu masih berjalan dan pihak berkuasa dalam keadaan berhati-hati dalam mengesan musuh.

16.17 Tengah Hari: Batalion Pasukan Gerakan Am Sarawak di kerah untuk membantu pihak berkuasa di Lahad Datu.

16.15 Tengah Hari: Operasi penggeledahan berlaku di Kampung Tanduo. Tan Sri Ismail Omar operai berjalan dengan penuh berhati-hati di kawasan berkeluasan empat kilometer persegi.

14.35 Tengah Hari: Tan Sri Ismail Omar menafikan dakwaan terdapat anggota keselamatan negara ditawan tentera Kesultanan Sulu. Beliau turut menangkis dakwaan media Filipina bahawa serangan pihak berkuasa tempatan tidak berperikemanusiaan.

16.45 Tengah Hari: 20 orang tentera Kesultanan Sulu ditemui mati dan mayat Azzimudie yang dikatakan terbunuh masih belum lagi dijumpai.

15.32 Tengah Hari: Sultan Sulu menolak dakwaan bahawa pemimpin kumpulan penceroboh di Sabah Azzimudie Kiram terbunuh dalam serangan pagi tadi.

15.19 Tengah Hari: Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi telah menolak dakwaan bahawa pejuang Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) membantu tentera Malaysia dalam operasi menentang Tentera Diraja Sulu di Sabah

15.15 Tengah Hari: Avtivis Filipina berhimpun di hadapan kedutaan Malaysia di Makati City, Manila bagi menggesa pihak berkuasa Malaysia menghentikan serangan keatas tentera Kesultanan Sulu di Sabah.

14.25 Tengah Hari: Menteri Pertahanan mengesahkan serangan pihak berkuasa tempatan melibatkan pesawat pejuang F-18 dan lima pesawat Hawk

14.19 Tengah Hari: Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) telah menyertai dalam pertempuran, dengan bekas Ketua propaganda Hadji Acmad Bayam menyatakan bahawa komander terlatih Malaysia akan membantu pasukan Kesultanan Sulu di Sabah dalam pertempuran.

13.48 Tengah Hari: Wartawan diberitahu, operasi masih berjalan dengan lancar dalam Sidang Media antara Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

13.30 Tengah Hari:Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Felda Sahabat dengan menaiki helikopter.

13.08 Tengah Hari:Dari laman Twitter The Star, Semporna dalam keadaan berjaga-jaga.

13.07 Tengah Hari: Media ABS-CBN melaporkan, dalam sidang media di Filipina, Setiausaha Luar Filipina Albert F del Rosario dipetik sebagai berkata " nasib kumpulan di Lahad Datu bergantung kepada mereka yang terus mempertahankan pendirian mereka".

13.00 Tengah Hari:Kira-kira 12.45 tengah hari, media Philippine Daily Inquirer melaporkan pemimpin kumpulan bersenjata di Sulu, Azzimudie memberitahu jurucakap Sultan Sulu dipetik sebagai berkata "kami sedang berehat di sini,"
Menurut Idjirani, Azzimudie memberitahu, bom yang dilepaskan pihak berkuasa Malaysia terkena di kawasan polis dan tentera Malaysia.

12.50 Tengah Hari:Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Mohamed Thajudeen Abdul Wahab menjelaskan, makanan bagi penduduk yang dipindahkan kini sedang disediakan. Penduduk ditempatkan di sebuah dewan dan bekalan makanan dan minuman mencukupi.

11.54 Pagi: Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengeluarkan kenyataan bahawa pihak ATM dan PDRM masih menerima tentangan daripada pihak musuh. Kumpulan bersenjata daripada sulu melepaskan beberapa das tembakan kepada pihak berkuasa tempatan.

11.45 PagiKeadaan di Bandar Cenderawasih kira-kira 30 kilometer daripada Kampung Tanduo masih dalam keadaan aman. Dua helikopter ATM  mendarat di kawasn penduduk setempat.

11.35 Pagi: Laporan The Star menyebut kumpulan bersenjata dari Sulu berjaya ditumpaskan sepenuhnya. Tiada kecederaan dari pihak berkuasa tempatan.

11.25 Pagi:  Satu-satunya stesen minyak di Felda Sahabat kehabisan stok Petrol. Kawasan tersebut berkedudukan 15 kilometer dari Kampung Tanduo.

11.15 Pagi: Ketua Polis Negara mengesahkan tiada pihak berkuasa tempatan cedera ataupun terkorban. Walubagaimanapun jumlah pihak musuh yang terbunuh belum mendapat kepastian.

11.02 Pagi: Pekerja kebun kelapa sawit di arahkan untuk menghentikan sebarang aktiviti di kawassan tersebut dan diberi cuti. Atas sebab keselamatan, 1 000 pekerja diberi cuti.

10.57 Pagi: Pihak Polis mengepung sepenuhnya kawasan konflik dengan menempatkan pihak berkuasa bersenjata di kawasan kebun kelapa sawit bagi mengelakkan penceroboh terlepas.

10.45 Pagi: Media Filipina melaporkan, jurucakap Presiden Begino Aquino memberitahu pihaknya telah melakukan sedaya upaya untuk mengelak daripada pertumpahan darah di Sabah.

10.43 Pagi: Kedutaan Filipina mendedahkan perjumpaan minit terakhir antara Setiausaha Luar Filipina Albert F fel Rosario bersama Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Perbincangan berkisar mengenai cara penyelesaian  terbaik tentang insiden di Lahad Datu.

10.09 Pagi: Bunyi letupan telah berhenti sejak sejam yang lalu. Tidak jelas sama ada tentera darat telah dikerah masuk ke Kampung Tanduo.

10.05 Pagi: Di Manila, pasukan polis dan wartawan berkumpul di luar kedutaan Malaysia. Mereka menjangka satu kumpulan penunjuk perasaan akan tiba di sana.

9.41 Pagi: Stesen radio Filipina dzBB melaporkan bahawa Abraham Idjarani, jurucakap kesultanan Sulu, berkata Azzimudie Kiram, adik sultan yang mengetuai pencerobohan itu, mengesahkan jet pejuang telah menggugurkan sekurang-kurangnya dua butir bom. Bagaimanapun, Idjirani mendakwa bom mengenai kedudukan penduduk Malaysia dan bukan kumpulan Azzimudie.

Stesen radio itu juga berkata pertempuran itu berlaku 107 tahun selepas bermulanya Perang Bud Dajo di Sula pada 1906 . Dalam pertempuran itu 1,000 Tausug, termasuk wanita dan kanak-kanak, telah dibunuh oleh tentera Amerika juga dikendali sebagai Pembunuhan Bud Dajo.

9.37 Pagi: Menurut sati sumber tentera, operasi yang terlibat jet pejuang, meriam serta askar berjalan kaki.

9.15 Pagi: Di bandar Lahad Datu, kira-kira 120km dari medan pertempuran, persediaan sedang dibuat di hospital utama bagi menerima mangsa serangan tersebut.

9.11 Pagi: Difahamkan tujuh batalion tentera dikerahkan ke kawasan tersebut untuk mengukuhkan pasukan polis.

8.54 Pagi: Seorang pegawai Felda tiba dan memberitahu ketua kampung untuk membuat kiraan jumlah penduduk dan mendaftarkan mereka. Seluruh penduduk kampung sekitar 300 orang beredar dari tempat itu menuju ke jalan kebun kelapa sawit.

8.45 Pagi: Penduduk Kampung Sungai Merah meninggalkan kediaman mereka dengan menaiki lori, dengan hampir seratus orang memenuhi setiap kenderaan. Ketua kampung, Bani Rauf berkata mereka telah cuba ke Kampung Embara Budi tetapi tidak dibenarkan masuk.
"Pengawal kata mereka tidak akan benarkan kami masuk, jadi kami datang ke sini," katanya.
Mereka berhimpun di di jalan utama dari Kampung Tandou menunggu apa yang perlu dilakukan selepas ini.

8:30 Pagi: Trak tentera dilihat memasuki kawasan itu. Skuad elit tentera dan polis berada di darat dan dipercayai terlibat dalam tembak-menembak dengan lelaki bersenjata.

8.19 Pagi: Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini.

8:18 Pagi: Letupan kedengaran berhampiran Kampung Tandou yang diduduki sekumpulan penceroboh asing, pada kira-kira jam 7:30 pagi ini, menyebabkan 100 penduduk kampung melarikan diri.
"Mereka telah mula mengebom kawasan itu. Kami nampak jet pejuang di udara, mereka mengebom tempat itu empat kali," kata seorang penduduk kampung, Nasir Asrama, 38.
Penduduk kampung tersebut adalah dari Kampung Sungai Merah, sebuah kampung jiran dengan Kampung Tandou di mana kira-kira 100 penceroboh bersenjara dari Filipina berkubu.
Kampung Tandou terletak di antara Tanjung Labian dan Kampung Sungai Merah, masing- masing dalam 5km dan 2km.

7:30 Pagi: Sekurang-kurangnya enam letupan berterusan didengari dan wartawan di resort
Sahabat 16 berkata, jet kembali terbang rendah

7.00 Pagi: Beberapa jet pejuang melalui Kampung Tanduo, diikuti dengan tembakan meriam.
    
Admin  - Lain lain perkembangan akan di update kemudian.......







BLOG BN 2013

No comments:

Send Button

Follow Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ANAKNILAI BLOGGERS GROUP - BLOGBN, PMELAYU,ANAKNILAI,KATA DIKOTA JANJI DITEPATI,KMELAYU.

Blog / Fb Activity Feeds

BLOG BN : Fb Recommendation Box

ANAKNILAI BLOGGERS GROUP - Top Blog Feeds

My Headlines 1

My Headlines 2a

My Headlines 3

My Headlines 4