The BLOG BN Message

DEMAM PRU13 2013

DEMAM PRU13 2013
HIDUP BN, HIDUP UMNO, HIDUP MELAYU, HIDUP MALAYSIA.

MANIFESTO #PRU13 BARISAN NASIONAL (BN) - (KLIK GAMBAR UNTUK HELAIAN PENUH MANIFESTO)

MANIFESTO #PRU13 BARISAN NASIONAL (BN) - (KLIK GAMBAR UNTUK HELAIAN PENUH MANIFESTO)
MANIFESTO #PRU13 BARISAN NASIONAL (BN) - (KLIK GAMBAR UNTUK HELAIAN PENUH MANIFESTO) - Akujanji 'Menepati Janji Membawa Harapan'

OPS DAULAT UPDATES

OP DAULAT

OP DAULAT
Operasi Anti Pengganas Kesultanan Sulu

Sunday, March 3, 2013

NAH !! PENGGANAS DIBUNUH OLEH PENDUDUK TEMPATAN.

Kronologi Lahad Datu











Penduduk pukul penceroboh bersenjata M16 hingga mati di Semporna

SEMPORNA - Puluhan penduduk bertindak memukul sehingga mati lelaki bersenjata M16, yang

dipercayai terlibat dalam serangan hendap yang mengorbankan lima anggota polis, di Kampung Sri

Jaya, Siminul, Semporna malam tadi.


Bagaimanapun sehingga kini polis belum memberi pengesahan tentang identiti lelaki itu.

Dalam insiden 7 pagi hari ini, seorang lelaki berbadan besar, berpakaian serba hitam, memegang senjata M-16 dan berumur dalam lingkungan 50-an turun daripada sebuah bukit dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah surau di Kampung Senallang Lama, Semporna di sini.

Seorang penduduk, Abdul Hani Samaullah, 44, berkata selepas melepaskan tembakan lelaki itu turut menjerit di hening pagi bahawa "saya yang menembak polis malam tadi".

"Lelaki itu kemudian membuka setiap pintu rumah penduduk dan mengarahkan mereka berkumpul di satu kawasan lapang," katanya yang turut berkumpul bersama penduduk di dalam keadaan ketakutan.

Abdul Hani berkata penduduk menyerang lelaki terbabit apabila dia bertinggung dan memasang api rokok serta meletakkan senjatanya.

Beliau berkata lelaki itu dipukul hingga mati dan mayatnya diletakkan dekat dengan sebuah pokok di kampung itu.

Wartawan Bernama yang dalam perjalanan membuat liputan majlis perasmian jambatan baharu oleh Menteri Kemajuan Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Kampung Nihak Nihak, pada 8.30 pagi iaitu 30 kilometer daripada Kampung Senallang Lama, sempat melihat mayat lelaki itu dan mendapati kepala lelaki itu berlumuran darah.

Kelihatan penduduk mengemas beg pakaian mereka dan mengosongkan rumah mereka dengan membawa anggota keluarga, termasuk kanak-kanak dan wanita, untuk melarikan diri ke kawasan kampung lain.

Kebanyakan penduduk adalah petani dan pekebun ladang kelapa sawit. Cubaan Bernama untuk menghubungi Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah untuk mendapatkan maklumat lanjut gagal.

SUMBER  - Bernama


TERKINI  - 5.00pm   :  Pesuruhjaya Polis Sabah Dato' Hamza Taib telah menyatakan bahawa tindakan Seorang tempatan tersebut adalah kerana mempertahankan diri serta  menyelamatkan rakan rakan lain semasa diarahkan oleh pengganas pengganas tersebut untuk beramai ramai pergi ke sebuah masjid. Tidak disangka penduduk kampung tersebut bernasib baik untuk menyerang balik pengganas tersebut dan membunuhnya bersama sama orang kampung yang lain.

Setakat ini pihak keselamatan sedang membuat proses keputusan terakhir bagi menamatkan kemelut ini secara dratik. Tiada perintah berkurung di istiharkan setakat ini di Lahad Datu, Kunak maupun Semporna. Aktiviti harian boleh dijalankan seperti biasa. Pihak berkuasa telah mengambil langkah langkah berjaga jaga mengawal keadaan di persekitaran kawasan pencerobohan tersebut. Setakat in sahaja berita terkini.







BLOG BN 2013

No comments:

Send Button

Follow Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ANAKNILAI BLOGGERS GROUP - BLOGBN, PMELAYU,ANAKNILAI,KATA DIKOTA JANJI DITEPATI,KMELAYU.

Blog / Fb Activity Feeds

BLOG BN : Fb Recommendation Box

ANAKNILAI BLOGGERS GROUP - Top Blog Feeds

My Headlines 1

My Headlines 2a

My Headlines 3

My Headlines 4