The BLOG BN Message

DEMAM PRU13 2013

DEMAM PRU13 2013
HIDUP BN, HIDUP UMNO, HIDUP MELAYU, HIDUP MALAYSIA.

MANIFESTO #PRU13 BARISAN NASIONAL (BN) - (KLIK GAMBAR UNTUK HELAIAN PENUH MANIFESTO)

MANIFESTO #PRU13 BARISAN NASIONAL (BN) - (KLIK GAMBAR UNTUK HELAIAN PENUH MANIFESTO)
MANIFESTO #PRU13 BARISAN NASIONAL (BN) - (KLIK GAMBAR UNTUK HELAIAN PENUH MANIFESTO) - Akujanji 'Menepati Janji Membawa Harapan'

OPS DAULAT UPDATES

OP DAULAT

OP DAULAT
Operasi Anti Pengganas Kesultanan Sulu

Thursday, March 7, 2013

SOROTAN HARIAN : Hari yang ke 22 Pencerobohan Pengganas di Timur Sabah.







































Ringkasan Visual Peristiwa :-

1. Rondaan dan pengawasan di sekitar pengairan timur Sabah dengan ketumbukan Tentera Laut Diraja Malaysia terutama berdekatan Lahad Datu dan Semporna dengan Fleetship yang diketuai KD Hang Jebat dengan dianggotai juga Pasukan Jet 'Fighter' dan 'Bomber' TUDM serta Helikopter Flagship yang membuat rondaan bersama bagi memastikan tiada ppergerakan musuh dari darat ke laut atau sebaliknya.

2. Sementara di kawasan daratan pula penguatkuasaan keselamatan yang agak ketat dilancarkan secara berterusan di dalam Radius 10km berpusat di Kg. Tandou, FELDA Sahabat 17, Lahad Datu dan Kg Simunul, Semporna dengan kawalan ketat termasuk sekatan jalanraya yang dilakukan oleh PDRM dan dibantu oleh Tentera Darat beserta Pasukan Grup Gerak Khas (GGK) dan PARA Komando.

3. Pihak Media terutamanya TVE, RTM, Astro dan Bernama sentiasa memancarkan berita berita terkini dari masa dari ke semasa melaporkan segala berita langsung di kawasan kawasan 'Panas' terjadinya pencerobohan Pengganas Tentera Diraja Sulu terutamanya di  Daerah Lahad Datu dan Semporna. Disamping itu, Kawasan Pekan Semporna dan Lahad Datu agak tenang dan aktiviti harian dijalankan seperti biasa walaupun semua sekolah sekolah di Daerah telah di arahkan tutup oleh Pengarah Pelajaran Negeri Sabah tetapi di Daerah Semporna hanya kiri kira 60% yang ditutup sementara yang selebihnya masih berjalan seperti biasa.

6.  Sementara itu, YAB Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Razak menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia tidak akan berkrompomi dengan mana mana perosak negara berkeliaran bebas sebagaimana OP Daulat yang dilancarkan sejak Pukul 7 Pagi semalam (5/3/2013) untuk menghapuskan pengganas yang telah mencemarkan  kedaulatan negara. PM juga mengingatkan bahawa bahawa Kerajaan akan sentiasa menepati janji yang dibuat bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terpelihara di dalam mengejar kemajuan negara di dalam menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi. PM juga melahirkan pemghargaan kepada rakyat di atas sokongan padu kepada tindakan pasukan keselamatan di dalam tugasan Op Daulat memerangi pihak Pengganas Tentera Sulu yang menceroboh ke Lahad Datu sejak 22 hari yang lalu. Beliau menyatakan kenyataan ini pada perjumpaan bersama Warga Tenaga Nasional Berhad di Bangsar, Kuala Lumpur.
  
7. Manakala di Manila, Filipina presiden Benigbo Aquino telah menyatakan sokongan kerajaannya terhadap tindakan yang telah dilancarkan oleh pasukan keselamatan Malaysia di bawah semangat ASEAN yang sebagaimana telah dipupukan setelah sekian lama di dalam menjaga kawasan pengairan yang bersempanan di antara kedua negara. Beliau juga menasihatkan Pengganas Tentera Diraja Sulu supaya berundur dan menyerahkan diri kepada pihak berkuasa Malaysia agar konflik perjuangan mereka ditamatkan dan serta merta rakyat kedua dua negara dapat hidup dalam keadaan normal dan selamat.       

8    Liputan akhir 12.00 am (7/3/2013) : Setakat hari ini, sejumlah 14 mayat pengganas ( Lihat visual diatas )  yang di jumpai termasuk 9 yang sudah dikebumikan sendiri oleh pihak pengganas tersebut dan seorang telah ditembak mati kira kira pkl 6.45pagi tadi. Tiada kecederaan di pihak keselamatan Malaysia. Melalui 2 Sidang Media - pertama oleh KPN  PDRM Tan Sri Ismail Omar dan PAT ATM Tan Sri Abdul Aziz serta yang Kedua oleh Menteri Pertahanan YB Dato' Seri Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri YB Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein di rumuskan bahawa OP Daulat setakat hari aadalah berjaya. Segala kejadian adalah benar semata mata dan suatu realiti di dunia nyata, Bukan cubaan atau sandiwara yang dilakonkan. Maka, segala tohmahan dan fitnah yang cuba ditaburkan oleh pihak pihak yang tidak bertanggungjawab hendaklah ditolak. Pihak kedua keselamatan iaitu ATM dan PDRM menyatakan penghargaan ke atas kepercayaan dan sokongan penuh yang diberikan kepada mereka oleh rakyat jelata. 

9. Tidak dilupai, YB Dato' Anifah Aman Menteri Luar menyatakan bahawa pihaknya akan berbincang dengan pihak di Filipina tentang proses Ekstradisi yang mungkin diambil ke atas Sultan Jamalul Kiram lll Sulu kerana Tenteranya telah menceroboh ke Sabah dan ini telah melanggar undang undang Malaysia sambil melanggar piagam diplomatik walaupun di antara kedua belah negara tidak ada perjanjian diplomatik tetapi tindakan boleh diambil di atas semangat ASEAN. Beliau juga menyatakan bahawa Semangat bersatu padu di kalangan rakyat Malaysia perlulah dipupuk demi perpaduan bangsa di dalam menghadapi sesuatu situasi seperti  yang telah berlaku di Lahad Datu dan Semporna. Malaysia adalah Negara yang Sah apabila pihak Sepanyol telah menyerahkan Sabah kepada British dan juga kesahihan Perjanjian Pembentukan Malaysia pada 13 September, tahun 1963 setelah Suruhanjaya Cobbold dimaktubkan dengan referandum rakyat Sabah dan Sarawak untuk menyertai Malaysia. Selanjutnya, Pengistiharan Malaysia di istiharkan pada 16 September pada tahun yang sama.

Alhamdullillah. Semuga Allah akan sentiasa memelihara keselamatan anggota tentera dan Polis yang bertugas 'around the clock' hendaknya. In Shaa Allah. Amin.  

liputan akan di update dari masa kesemasa...............         

Admin
     





BLOG BN 2013

No comments:

Send Button

Follow Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ANAKNILAI BLOGGERS GROUP - BLOGBN, PMELAYU,ANAKNILAI,KATA DIKOTA JANJI DITEPATI,KMELAYU.

Blog / Fb Activity Feeds

BLOG BN : Fb Recommendation Box

ANAKNILAI BLOGGERS GROUP - Top Blog Feeds

My Headlines 1

My Headlines 2a

My Headlines 3

My Headlines 4