The BLOG BN Message

DEMAM PRU13 2013

DEMAM PRU13 2013
HIDUP BN, HIDUP UMNO, HIDUP MELAYU, HIDUP MALAYSIA.

MANIFESTO #PRU13 BARISAN NASIONAL (BN) - (KLIK GAMBAR UNTUK HELAIAN PENUH MANIFESTO)

MANIFESTO #PRU13 BARISAN NASIONAL (BN) - (KLIK GAMBAR UNTUK HELAIAN PENUH MANIFESTO)
MANIFESTO #PRU13 BARISAN NASIONAL (BN) - (KLIK GAMBAR UNTUK HELAIAN PENUH MANIFESTO) - Akujanji 'Menepati Janji Membawa Harapan'

OPS DAULAT UPDATES

OP DAULAT

OP DAULAT
Operasi Anti Pengganas Kesultanan Sulu

Tuesday, March 26, 2013

WARTAWAN US DEDAH KOMPLOT ANWAR -ILLUMINATI / ZIONIS !!!



PANAS!!!! WARTAWAN ASING DEDAH KOMPLOT ANWAR / AMERIKA.


Nile Bowie, wartawan Amerika Syarikat kelahiran NY City, kini bertugas di Kuala Lumpur bagi pihak media Kanada, Global Reserach.

Nile Bowie banyak menulis artikel yang mendedahkan kelicikan Anwar Ibrahim yang mahu merosakkan Malaysia dan sekongkolan Anwar Ibrahim dengan Amerika khususnya sekongkolannya dengan Zionis Amerika.

Bowie juga sering melaporkan campurtangan Amerika di Malaysia, sepertimana campurtangan Amerika di Russia, Mesir dan negara2 lain, bagi menjatuhkan kerajaan BN stail "Arab Spring"untuk digantikan dengan kerajaan PR di mana Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri akan lebih memenuhi kepentingan Amerika di Asia Tenggara.

Amerika, mengikut Nile Bowie kini sedang memusatkan kembali kekuatan ketenteraan dan pengaruh politiknya di Asia-Pasifik bagi mengekang kebangkitan China, dan ia memerlukan sekutu yang benar2 pro-Amerika, bukan sekadar neutral atau berkecuali.

Malaysia pada Amerika sangat strategik kerana ia berpesisir dengan Selat Melaka dan Laut China Selatan, dua perairan yang sangat penting yang menjadi laluan bekalan bahan mentah untuk China serta laluan dagang penting juga untuk Russia dan Iran.

Kerajaan BN dilihat terlalu neutral oleh Amerika sedangkan Anwar Ibrahim pula dilihat sangat pro-Amerika dan jelas menyebelahi Amerika, termasuk kenyataan Anwar bahawa dia akan gerenti keselamatan Israel, ini sangat menyedapkan telinga Amerika.

Anwar juga mempunyai hubungan peribadi yang sangat intim dengan pemimpin2 Amerika seperti Jon Mc Cain, Al Gore, Paul Wolfowitz dan lain2 serta hubungan rapat dengan agensi2 Amerika seperti IMF, NED, IRI dan lain2 lagi. Semua ini adalah tanda2 betapa intim, mesra dan isi dengan kukunya hubungan Anwar Ibrahim-Amerika.

Amerika mungkin berharap kerajaan Malaysia pimpinan PR akan membenarkan Amerika membuka pangkalan tentera di Malaysia, mungkin di Sabah, sebagai persiapan perang dengan China, Iran dan Russia berbanding kerajaan BN yang cuba neutral dalam isu Amerika-China, Amerika-Russia dan Amerika -Iran serta keberatannya membenarkan Amerika berpangkalan di Malaysia..



Dalam link ini  (http://www.globalresearch.ca/us-spon...sultan/5327660), Nile Bowie menulis bahawa Amerika Syarikat mungkin berkomplot dengan Pembangkang Malaysia, khususnya dengan Anwar Ibrahim, dalam konflik serangan pengganas2 Sulu di Sabah yang hingga kini masih belum selesai..


Dalam artikel ini, Nile Bowie menceritakan keburukan dan kelicikan Anwar Ibrahim serta hubungannya dengan Amerika dan pemimpin2 serta agensi2 kerajaan Amerika yang bertanggungjawab mengeksport revolusi stail "Arab Spring" ke negara2 yang Amerika mahu tukar rejim, termasuk Malaysia.

Nile Bowie percaya isu Sabah adalah sebahagian dari perancangan Amerika-Anwar Ibrahim bagi menukar rejim di Malaysia. - MyMedia


admin -  TQ Dr. MIM.......Konspirasi ini harus diambil perhatian sewajarnya oleh Kerajaan Malaysia. Admin cadangkan agar diperketatkan imigrasi fizikal keluar masuk samada melalui udara, laut ataupun darat oleh pihak Imigresen Malaysia serta pihak berkuasa yang lain termasuk MKN, PDRM, Kastam, UPP, ATM dan lain2 Agensi terutamanya Bahagian Perisikan ATM dan PDRM agar dapat di sekat sesiapa yang disyaki terlibat di dalam pergerakan subversif dan 'underground'. 

Tidak dilupakan juga, anasir2 di dalam dunia cyber dan pemberitaan yang mana yang menyalurkan segala informasi samada rahsia atau tidak secara hakikinya. ini adalah kerana, sumber maklumat dan informasi ini digunakan oleh anasir2 luar untuk mengeksploitasi berita dan suatu keadaan yang boleh mengelirukan rakyat yang boleh mengakibatkan sentimen anti Kerajaan Malaysia terutamanya serta pembocoran rahsia Kerajaan khasnya yang boleh melumpuhkan sistem pentadbiran di dalam kerajaan.

Oleh yang demikian, admin tekankan bahawa semua agensi media cetak atau maya samada di luar dan di dalam negara hendaklah di pantau dengan serius dengan tindakan2 yang sewajarnya oleh pihak KDN dan SKMM contohnya http://www.malaysiakini.com/, http://www.freemalaysiatoday.com/ dan lain lain penerbitan yang ke arah 'Puak Kiri' yang telah cuba menyanggah dan menafikan kebenaran di dalam tindakan2 Kerajaan Malaysia terutamanya di dalam Insiden Pencerobohan di Lahad Datu, Sabah serta sentimen 'Anti-Malaysia', Anti-BN, Anti-UMNO, Anti-Najib yang dipromosikan oleh pihak pihak di dalam Pembangkang di Malaysia.

Admin lihat perkara sentimen 'Anti Establishment' ini telah menular dengan serius terutamanya dikalangan golongan muda hari ini serta rakyat Malaysia di luar negara yang terlalu taksub dengan sentimen 'New World Order (NWO)' yang dianjurkan pihak Illuminati dan Zionis yang yang telah merosakkan Jatidiri anak anak muda terutamanya Pelajar atau Pemastautin negara luar (Rakyat Malaysia) yang secara terang terangan mengeluarkan kenyataan2 yang menentang dasar dan polisi kerajaan Malaysia di laman2 web luar negara termasuk lama sosial  yang agak terbuka tanpa pemantauan yang lebih terperinci sedikit sebanyak telah mengalih pandangan anak anak muda di negara ini. Jadi, ambillah iktibarnya...........

( Akan Bersambung )

Admin Blog BN







BLOG BN 2013

3 comments:

bboydiyone said...

Sapa main golf dengan obama,najib ke anwar?

bboydiyone said...

Sapa main golf dengan obama,najib ke anwar?

Anonymous said...

Slm. Anwar rapat dgn America = Pro America. Najib main golf dgn Obama = Pro America. Bereh.

Send Button

Follow Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ANAKNILAI BLOGGERS GROUP - BLOGBN, PMELAYU,ANAKNILAI,KATA DIKOTA JANJI DITEPATI,KMELAYU.

Blog / Fb Activity Feeds

BLOG BN : Fb Recommendation Box

ANAKNILAI BLOGGERS GROUP - Top Blog Feeds

My Headlines 1

My Headlines 2a

My Headlines 3

My Headlines 4